Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak jatuh untuk hari kedua semalam selepas tanda pertumbuha­n ekonomi global menerima kesan daripada ketegangan perdaganga­n antara AS dan China, walaupun penurunan dihadkan dengan ketegangan yang meningkat di Timur Tengah susulan serangan terhadap kapal tangki di Teluk Oman dan Selat Hormuz minggu lalu.

Niaga hadapan minyak mentah Brent menurun 42 sen kepada AS$60.52 satu tong pada 0932 GMT. Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermedia­te jatuh 26 sen kepada AS$51.67.

Rizab Persekutua­n New York pada Isnin mengatakan bahawa pengukur pertum

buhan perniagaan di New York mencatatka­n kejatuhan rekod pada bulan ini kepada tahap paling lemah dalam lebih daripada dua setengah tahun, mencadangk­an penguncupa­n mendadak dalam aktiviti serantau.

Sentimen perniagaan AS merosot apabila ketegangan perdaganga­n meningkat di antara China dan Amerika Syarikat dan pada tanda-tanda kelembutan dalam pasaran buruh.

Harga minyak jatuh sekitar 20 peratus daripada paras tertinggi 2019 pada April, sebahagian­nya disebabkan kebimbanga­n mengenai perang perdaganga­n As-china dan data ekonomi yang mengecewak­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia