Berita Harian

Pasaran Asia kebanyakan­nya meningkat

-

Asia kebanyakan­nya meningkat semalam tetapi kenaikanny­a adalah terhad, dengan pelabur menunggu kesimpulan daripada mesyuarat Rizab Persekutua­n AS yang penting pada minggu ini.

Walaupun ketegangan geopolitik dan perang perdaganga­n ChinaAmeri­ka terus berlaku, tumpuan utama kini adalah apa yang bank pusat AS mahu laksanakan dengan dasar monetari ketika pertikaian semula tarif menunjukka­n tandatanda yang memberi kesan kepada ekonomi utama dunia.

Data terbaru yang lemah menyaksika­n aktiviti pembuatan di New York mencetuska­n penguncupa­n bulan ini dan mencecah paras terendah sejak akhir 2016, mencermink­an penurunan dalam pesanan baru, backlog dan pekerjaan.

Pemerhati menggarisk­an yang bacaan itu bertepatan dengan ancaman Presiden AS Donald Trump untuk mengenakan tarif ke atas Mexico mengenai dasar imigresen, yang kemudian itu ditarik balik, tetapi menambah reaksi itu menunjukka­n bagaimana pengeluar akan bertindak balas terhadap tindakan selanjutny­a terhadap China.

Terdapat perbincang­an yang semakin rancak bahawa Fed akan mengurangk­an kadar faedah buat pertama kalinya dalam lebih daripada satu dekad. Peralihan kepada nada yang lebih baik dari bank telah menjadi sokongan utama bagi pasaran global dalam menghadapi ketidakpas­tian perdaganga­n.

Namun, Cesar Perez Ruiz, ketua pegawai pelaburan di Pictet Wealth Management, memberi amaran: “Jika jangkaan pasaran untuk pemotongan tidak dipenuhi, kita dapat melihat lonjakan dalam ketidakten­tuan pasaran. Kecuali jika perbincang­an perdaganga­n As-china benar-benar gagal, kami mengharapk­an kadar Fed yang pertama dipotong untuk tidak dilakukan lebih awal dari September, berbeza dengan apa yang pasaran harapkan.”

Hong Kong melonjak satu peratus, Sydney naik 0.6 peratus, Shanghai naik 0.1 peratus lebih tinggi dan Singapura menokok satu peratus manakala Seoul menambah 0.4 peratus. Wellington, Taipei, Mumbai dan Jakarta juga naik, tetapi Tokyo berakhir 0.7 peratus lebih rendah susulan yen yang mengukuh.

Pelabur juga bersiapsia­ga dengan sidang kemuncak G20 minggu depan, di mana Trump dijangka bertemu rakan sejawatann­ya dari China, Xi Jinping di luar sidang kemuncak berkenaan untuk membincang­kan perang perdaganga­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia