Berita Harian

Dendam punca pelajar tikam guru

-

Kuala Langat: Pelajar Tingkatan Lima yang menikam guru kaunseling­nya, Ahad lalu, dipercayai berdendam selepas dimaklumka­n akan dikenakan tindakan mengikut peraturan sekolah dan asramanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superinten­dan Mohd Azizan Tukiman, berkata berikutan itu suspek tertekan dengan tindakan dengan guru terbabit yang juga warden asrama sekolah itu.

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek juga gagal beberapa mata pelajaran dalam peperiksaa­n yang dijalankan sebelum cuti penggal persekolah­an bulan lalu.

Suspek tertekan, tak puas hati

“Disebabkan tidak puas hati dan terlalu tertekan, suspek menunggu mangsa di luar pejabat guru itu yang berada di tingkat bawah asrama.

“Ketika mangsa hendak masuk ke dalam pejabatnya, suspek bertindak menyerang serta menikam mangsa dengan pisau,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Mohd Azizan berkata, ketika pihaknya tiba di tempat kejadian kira-kira jam 8.30 malam, pisau yang digunakan menikam mangsa berusia 30 tahun itu masih tertanam di bahunya.

“Susulan kejadian ini, suspek berusia 17 tahun direman lima hari bermula hari ini (semalam). Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia