Berita Harian

300 pekerja kilang dilabel ‘sampah’ mogok

-

Bukit Mertajam: Hampir 300 pekerja sebuah kilang di Perai di sini, mogok bagi mendesak seorang pengurus memohon maaf selepas didakwa melabel pekerjanya sebagai sampah, pagi semalam.

Kumpulan pekerja terbabit berkumpul di hadapan kilang terbabit sekitar jam 8.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Ab Hamid, berkata mogok terbabit kemudian dileraikan selepas pengurus kilang berkenaan bersetuju membuat permohonan maaf secara terbuka dan beberapa syarat lain.

Pengurus setuju mohon maaf

“Wakil pekerja telah bertemu dengan pihak pengurusan kilang terbabit bagi membuat permohonan untuk menyemak semula gaji dan elaun pekerja serta waktu bekerja fleksibel, selain tuntutan permohonan maaf secara terbuka.

“Semua pihak terbabit kemudian bersurai selepas mencapai kata sepakat, pada jam 10.30 pagi tadi (semalam). Perhimpuna­n bersurai secara aman tanpa sebarang kerosakan dan kecederaan. Pekerja yang masih tidak berpuas hati telah dinasihatk­an untuk membuat laporan polis di balai polis berhampira­n,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia