Berita Harian

Nanocfib raih dua anugerah di Tokyo

Gentian berasas mengkuang, kapok jadi alternatif produk pembinaan

- Oleh Dziyaul Afnan Abdul Rahman bhnews@bh.com.my

Ciptaan bahan gentian Nanocfib dari mengkuang dan kapok bagi menggantik­an gentian dalam produk binaan dan kejurutera­an, meraih dua pingat emas dan anugerah khas pada Ekspo Rekacipta, Idea dan Penciptaan Jepun (JDIE 2019) di Tokyo semalam.

Penyelaras Pameran Malaysia, Dr Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah, berkata Nanocfib yang direka

sepenuhnya lapan pelajar Sekolah Menengah Sains (SMS) Tapah, Perak, itu juga disahkan tidak berbahaya kepada kesihatan kerana menggunaka­n bahan semula jadi.

Nanocfib adalah bahan alternatif menggantik­an gentian fiber dalam menghasilk­an sesuatu produk berkaitan kejurutera­an atau pembinaan.

Jimat masa menghasilk­an

“Bahan ini diperbuat daripada mengkuang dan kapok, malah penciptaan­nya yang menggunaka­n teknik bagging secara tidak langsung menjimatka­n masa dalam menghasilk­annnya,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, produk itu menarik perhatian juri selepas disahkan tidak membahayak­an kesihatan kerana menggunaka­n bahan semula jadi dalam penghasila­nnya serta bebas bahan kimia.

Sementara itu, Malaysia turut meraih lima pingat emas dan satu perak dalam JDIE 2019 yang turut disertai 15 negara lain termasuk Taiwan, Poland, Indonesia, Arab Saudi, Thailand, Hong Kong, Kanada, China, Macau, Amerika Syarikat.

Dr Mohd Mustafa berkata, secara keseluruha­n seramai 48 penyelidik muda Malaysia menyertai pertanding­an reka cipta peringkat antarabang­sa itu.

“Penyelidik muda Malaysia berjaya mengatasi pesaing dari negara maju termasuk tuan rumah hasil pelbagai penciptaan menarik,” katanya.

Selain SMS Tapah, turut meraih pingat emas ialah penyelidik muda Politeknik Port Dickson, Kolej Vokasional Keningau, Sabah; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Datuk, Johor dan SMK Saujana Utama, Selangor.

Pingat perak turut dimenangi penyelidik muda SMK Datuk Jaafar, Johor.

 ??  ?? Delegasi Malaysia pada Ekspo Rekacipta, Idea dan Penciptaan Jepun 2019 di Tokyo.
Delegasi Malaysia pada Ekspo Rekacipta, Idea dan Penciptaan Jepun 2019 di Tokyo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia