Berita Harian

‘Macam kapal sebenar’

-

Seri Manjung: Menghasilk­an model kapal, bot dan aksesori jenteranya dalam saiz mini bukan kerja mudah dan hanya mereka yang mempunyai kesabaran, kepakaran serta kreativiti tinggi mampu mengusahak­annya.

Itu keistimewa­an dimiliki pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Asnizam Jamiran, 45, dari Taman Manjung Baru, di sini, yang sudah terbabit dalam bidang pembuatan kapal hiasan sejak 20 tahun lalu.

Malah, lebih unik bapa kepada tiga anak itu menghasilk­an badan kapal dan bot daripada polisterin­a atau gabus yang dibentuk mengikut sepenuhnya bentuk kapal sebenar.

Asnizam berkata, biarpun bahan yang digunakan mudah didapati, namun dia mengutamak­an kualiti dan buktinya, kapal pertama yang dibuat pada 1999 masih kekal dalam keadaan baik.

“Saya bermula ketika berada dalam perkhidmat­an tentera laut lagi, namun mulai serius sejak 13 tahun lalu dan tak sangka bermula dengan minat saja, kini ia menjadi sumber pendapatan untuk keluarga.

Lengkap aksesori

“Sejak itu, saya sudah menghasilk­an ribuan unit model kapal dan bot yang dilengkapi dengan aksesori yang boleh dikatakan 100 peratus sama seperti kapal sebenar,

antaranya Kapal Diraja (KD) Hang Tuah, KD Jebat, KD

Mutiara dan bot Pasukan Khas Laut (PASKAL).

“Model berkenaan ditempah untuk dijadikan cenderahat­i atau hiasan,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Asnizam berkata, bukan sahaja kapal TLDM, dia turut mengambil tempahan model Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) dan kapal dagang.

Katanya, kreativiti­nya kini dikembangk­an dengan pelbagai model seperti bangunan, masjid dan rumah madu kelulut yang semuanya dihasilkan dengan kerja tangan sepenuhnya.

Menurutnya, dia menjualnya pada harga bermula RM160 hingga RM500, mengikut saiz dan permintaan.

“Sebuah model mengambil masa dua hari dan dalam sebulan saya boleh menghasilk­an 20 unit. Kerja ini sangat rumit dan menuntut kesabaran tinggi, malah bersengkan­g mata untuk menyiapkan­nya,” katanya.

 ?? [FOTO NOOR HIDAYAH TANZIZI /BH] ?? Asnizam menunjukka­n model kapal, bot dan aksesori jentera yang dihasilkan­nya.
[FOTO NOOR HIDAYAH TANZIZI /BH] Asnizam menunjukka­n model kapal, bot dan aksesori jentera yang dihasilkan­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia