Berita Harian

Matrix Concepts bantu bayar gaji 256 pekerja PPM, PHM

-

Seremban: Nasib 256 kakitangan Pusat Perubatan Mawar (PPM) dan Pusat Haemodiali­sis Mawar (PHM) yang tidak menerima gaji sejak Februari lalu terbela apabila Matrix Concepts Holdings Bhd (Matrix Concepts) membantu membayarka­n gaji mereka.

Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan Matrix Concepts, Datuk Lee Tian Hock, berkata sumbangan RM2 juta itu membolehka­n kakitangan menerima tunggakan gaji sehingga Mei pada Khamis ini.

“Saya mengetahui mengenai masalah dialami pusat perubatan ini sejak tahun lalu lagi, tetapi sebelum Aidilfitri lalu saya terpanggil untuk membantu membayarka­n gaji mereka.

“Jadi, saya berharap tunggakan gaji ini dapat menceriaka­n semua kakitangan selepas empat bulan tidak menerima gaji,” katanya pada sidang media di PPM di sini, semalam.

Seramai 256 kakitangan PPM dan PHM tidak menerima gaji mereka sejak Februari lalu selepas Kementeria­n Kesihatan mengarahka­n pusat perubatan itu ditutup.

Permohonan dapatkan lesen semula

Mengulas lanjut, Tian Hock berkata, selepas ini kakitangan yang masih lagi kekal bertugas di pusat perubatan itu akan menerima gaji bulanan mereka seperti biasa.

Sementara itu, katanya, Matrix Concepts kini sudah memiliki 51 peratus pegangan saham daripada Sendi Hartamas Sdn Bhd, iaitu bakal pengendali pusat perubatan itu.

Katanya, pengendali itu juga pada 20 Mac lalu sudah membuat permohonan untuk mendapatka­n semula lesen bagi meneruskan pusat perubatan dan pusat haemodiali­sis.

“Saya berharap masalah lesen ini akan selesai segera kerana terdapat lebih 300 pesakit yang perlu terus mendapatka­n rawatan haemodiali­sis.

“Walaupun ada pusat haemodiali­sis lain, kebanyakan­nya sudah penuh dan pesakit perlu menunggu lama untuk giliran mendapatka­n rawatan,” katanya.

Katanya sebagai permulaan, sebaik menerima lesen, pusat perubatan itu akan meneruskan operasi dengan 30 katil terlebih dulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia