Berita Harian

LTAM bakal berubah wajah

-

Melaka: Lapangan Terbang Antarabang­sa Melaka (LTAM), Batu Berendam, di sini, dijangka lebih sibuk susulan kerja pengindaha­n landskap, naik taraf kompleks dan penambahan lebih banyak destinasi penerbanga­n keluar dari negeri ini, tahun ini.

EXCO Kerja Raya, Pengangkut­an dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Mohd Sofi Wahab, berkata perancanga­n itu akan dilaksanak­an melalui Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dengan penambahan lot kedai dan mesin ATM, sekali gus memberi imej baharu.

“Kios bagi produk tempatan sudah sedia ada di kompleks, namun MAHB Melaka merancang mewujudkan kios baharu dengan menambah lot bagi penyewa untuk menjual cenderahat­i.

Pertingkat jaringan pengangkut­an

“Kafe di kompleks juga akan dinaik taraf bagi memberi lebih keselesaan kepada pengguna. MAHB juga dalam proses permohonan untuk meletakkan mesin ATM bagi kemudahan semua,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, landskap di sepanjang laluan keluar masuk LTAM juga akan ditambah baik, sekali gus menambah daya tarikan pelancong menggunaka­n kompleks pada masa akan datang.

Beliau mengakui kompleks berkenaan suram seperti didakwa setengah pihak sebelum ini, namun perkara itu disebabkan laluan penerbanga­n terlalu sedikit.

“Apabila laluan sudah bertambah, barulah peniaga berminat berniaga di LTAM. Selain itu, jaringan pengangkut­an dari kompleks ke terminal bas dan teksi Melaka Sentral serta kawasan sekitar juga akan dipertingk­atkan,” katanya.

Sementara itu, Pengurus LTAM Malaysia Airports Sdn Bhd, Mohamad Nazri Mat Khalib, berkata penerbanga­n sedia ada dari LTAM adalah ke Pulau Pinang, Pekan Baru dan Langkawi melalui Malindo Air.

“Penerbanga­n ke Kota Bharu pula, juga dengan Malindo Air akan bermula 27 Jun secara harian. Selain itu, Airasia dijangka turut memulakan penerbanga­n pertama dari LTAM ke Pulau Pinang pada 1 Julai ini, sekali gus menambah kesibukan LTAM,” katanya.

Katanya, LTAM merekodkan kehadiran 2,933 pelancong, membabitka­n 2,102 pelancong tempatan dan 831 pelancong luar ke Melaka yang menggunaka­n khidmat Malindo Air pada 1 Januari hingga 10 Jun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia