Berita Harian

KORBAN USIA MUDA

Lima jejaka enggan sia-siakan peluang depan mata

- Oleh Hanisah Selamat

Ketika suasana Syawal masih dirasai, rutin harian lima jejaka yang bernaung di bawah payung FMC Music kembali sibuk dengan pelbagai perancanga­n.

Syawal bagi mereka, menjadi pemacu untuk terus melangkah dan mengukir lebih banyak kejayaan. Hanya sempat berehat seketika meraikan Aidilfitri, ia memadai bagi Haqiem Rusli, Afieq

Shazwan, Tajul Arif, Fareez Fauzi dan Zack Zaquan untuk menikmati kemeriahan berkumpul bersama sanak saudara dan handai taulan pada hari raya lalu.

Pelbagai perancanga­n yang menanti menambahka­n keterujaan mereka, apatah lagi, ia menjadi peluang berharga untuk kembali menawan peminat selepas memperlaha­nkan seketika aktiviti seni sepanjang Ramadan lalu.

Haqiem lancar single baharu

Penyanyi lagu Selamat Tinggal Sayang, Haqiem Rusli, berkata dia

Single baharu ini istimewa kerana liriknya berkisar mengenai pengorbana­n seorang ayah” Sambil bertemu peminat untuk beraya bersamasam­a, saya ambil kesempatan itu untuk mempromosi­kan lagu baharu, Darjat”

hanya bercuti seminggu untuk meraikan Aidilfitri kerana terikat dengan rangka promosi single terbaru. Haqiem baru memperkena­lkan lagu terbaru, Lembah Kesepian yang dilancarka­n pada 16 Jun lalu, bersamaan hari ulang tahun kelahirann­ya yang ke-21.

“Single baharu ini istimewa kerana liriknya berkisar mengenai pengorbana­n seorang ayah. Selain meraikan ulang tahun saya ke-21, 16 Jun juga dipilih sempena sambutan Hari Bapa,” katanya yang meraikan lebaran di Hulu Langat, Selangor.

Haqiem berkata, dia gembira apabila Lembah Kesepian dipilih sebagai lagu latar drama bersiri 80 episod, Puteri Yang Ditukar yang akan disiarkan bermula Julai ini.

Afieq imbangi nyanyian, lakonan

Pada usia pembabitan­nya yang masih mentah, Afieq Shazwan menyifatka­n dirinya bertuah kerana mendapat kepercayaa­n meneroka cabang seni berbeza.

Bermula sebagai penyanyi, Afieq tidak menyangka bakatnya mendapat perhatian penerbit dan pengarah. Peluang itu membuatkan penyanyi yang popular dengan lagu Seandainya itu cuba mengimbang­i perjalanan keduadua kerjaya supaya tiada yang tercicir.

“Kebelakang­an ini, masa saya lebih banyak dihabiskan di lokasi penggambar­an drama. Namun, dunia nyanyian tidak pernah saya lupakan.

“Alhamdulil­lah, selepas sambutan Aidilfitri, tawaran membuat persembaha­n kembali rancak. Sambil bertemu peminat untuk beraya bersama-sama, saya ambil kesempatan itu untuk mempromosi­kan lagu baharu, Darjat.

“Single itu sebenarnya dilancarka­n tahun lalu, tetapi saya tidak akan berhenti memperkena­lkannya untuk mengukuhka­n lagi nama. Selagi lagu baharu belum keluar, saya akan terus mempromosi­kan Darjat,” katanya.

Afieq memaklumka­n, pembikinan buah tangan terbaru sudah disempurna­kan, namun dia dan syarikat rakamannya masih menunggu tarikh sesuai untuk dilancarka­n.

Berkongsi sambutan 1 Syawal, Afieq berkata, tahun ini dia berkorban menemani neneknya yang beraya di Klang, Selangor.

Tajul hapus sangsi

Seperti rakan lain, fokus terhadap pembikinan single baharu tetap berada dalam perancanga­n Tajul, terutama selepas single terbarunya, Kembalilah Rindu menerima sambutan positif.

Tajul mengakui, pada mulanya, dia agak sangsi dengan penerimaan ramai kerana lagu itu mengambil sedikit masa sebelum diterima.

Apatah lagi, Kembalilah Rindu mengetenga­hkan irama rancak, berbeza daripada genre pop balada yang sebati dirinya.

“Perjalanan yang saya lalui mengajar saya supaya sentiasa bersyukur, sama ada dalam keadaan sukar atau senang. Saya tidak lihat penerimaan yang agak perlahan terhadap lagu itu sebagai masalah besar kerana faktor selera pendengar sukar diramal.

“Tambahan pula, genre yang dipilih agak berbeza daripada lagu terdahulu. Sebelum itu, beberapa single baharu saya lancarkan dalam tempoh terdekat, sekali gus membuatkan pendengar lambat beralih ke lagu baharu,” katanya yang mencuri perhatian menerusi Sedalam Dalam Rindu.

Menyentuh sambutan Syawal, pemilik nama Tajul Ariff Noor Md Shari, 21, itu berkumpul dengan sanak saudara di kediaman keluargany­a di Seremban, Negeri Sembilan.

Fareez warisi bakat lakonan bapa

Bagi Fareez yang juga anak pelakon Fauzi Nawawi, tawaran lakonan yang diterima tidak sesekali mengubah jiwanya yang lebih mencintai bidang muzik.

Begitupun, ilmu yang diturunkan ayahnya, terutama menjayakan babak lasak atau seni mempertaha­nkan diri enggan dipersia-siakan.

Pemilik nama Muhammad Fareez Hazwan, 22, itu berkata, dia ingin mengembang­kan bakat dalam kedua-dua cabang seni, sekali gus mencabar keupayaan diri.

“Selain menyanyi dan berlakon, saya juga berjinak-jinak dengan penciptaan lagu yang dihasilkan untuk rakan seperjuang­an lain.

“Bukan tamak, sebaliknya saya mahu mencuba sesuatu yang saya sukai, selain memanfaatk­an kelebihan yang ada,” katanya yang sebelum ini mencipta lagu untuk Usop, Aku Yang Bersalah.

Menyentuh sambutan Aidilfitri, Fareez berkata, mereka sekeluarga beraya di Kuala Lumpur bagi menemani adiknya yang menduduki peperiksaa­n.

Zack Zakwan anggap rakan sebagai idola

Boleh dikatakan ‘adik’ dalam kalangan penyanyi yang bernaung di bawah label FMC Music, Zack Zakwan mengakui, bertuah dikeliling­i rakan yang sentiasa menjadi tempat rujukannya.

Menganggap dirinya masih terlalu hijau dalam arena arus muzik perdana, anak muda asal Johor itu menganggap, pengalaman teman seperjuang­an lain banyak mengajarny­a supaya yakin dengan kemampuan diri.

“Dibandingk­an pencapaian mereka, saya masih terlalu jauh. Namun, masing-masing tidak kedekut ilmu dan nasihat.

“Saya melihat mereka sebagai idola supaya tidak mudah patah semangat, pada masa sama, percaya kesungguha­n mampu membuahkan hasil,” kata penyanyi lagu Kenangan itu.

Mengimbas kenangan berhari raya, Zack berkata, dia tidak dapat melupakan peristiwa dikejar anjing ketika dalam perjalanan ke rumah rakannya.

Saya tidak lihat penerimaan yang agak perlahan terhadap lagu itu sebagai masalah besar kerana faktor selera pendengar sukar diramal”

Selain menyanyi dan berlakon, saya juga berjinak-jinak menghasilk­an lagu untuk rakan seperjuang­an lain”

Saya melihat mereka sebagai idola supaya tidak mudah patah semangat, pada masa sama, percaya kesungguha­n mampu membuahkan hasil”

 ??  ??
 ?? [ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/BH ] ?? Lokasi: TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur
[ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/BH ] Lokasi: TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia