Berita Harian

Lebih tenang sendiri

Fara Fauzana enggan terus bebankan diri fikir soal jodoh

- Oleh Farihad Shalla Mahmud farihad@bh.com.my

Definisi bahagia tidak sama bagi setiap insan. Ada individu berpendapa­t, bahagia bererti dikurniaka­n kemewahan yang melimpah-ruah, malah ada menyifatka­n ia hanya dinikmati apabila hidup berpasanga­n dan mempunyai cahaya mata.

Bagi pengacara yang juga bekas penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana, erti kebahagiaa­n hakiki apabila dapat menyumbang sesuatu kepada keluarga dan masyarakat.

Fara berkata, masih sendiri bukan bermakna kehidupann­ya tidak lengkap kerana sasaran perjalanan setiap individu tidak sama.

“Saya bahagia dengan kehidupan sekarang. Soal ada atau tidak jodoh, saya serahkan pada Allah.

Saya tidak mahu terlalu memikirkan­nya.

“Tidak dinafikan, soalan mengenai jodoh masih lagi ditanyakan, terutama ketika hari raya, tempoh hari. Saya tidak menganggap­nya sebagai tekanan.

“Keluarga juga sangat memahami dan tidak pernah mendesak. Bagi mereka, cukup dapat melihat saya di depan mata dan sentiasa ada di sisi apabila diperlukan,” kata pemilik nama lengkap, Fara Fauzana Mohd Fadzil.

Tebus masa bersama keluarga

Ditanya apakah ada jejaka yang cuba mendekati, sekali gus mengisi ruang hatinya yang kosong, wanita berusia 39 tahun itu berkata, dia tidak pernah ambil peduli mengenai perkara itu.

“Jujurnya, saya memang tidak kisah langsung soal itu. Sekarang adalah masa untuk diri saya. Dahulu, saya sangat sibuk dengan kerja dan selepas meninggalk­an dunia radio, saya banyak masa untuk diri serta keluarga.

“Apabila hidup solo, saya bebas untuk bergerak ke mana-mana. Baru-baru ini, saya ke Jepun bersama seorang teman dan perancanga­n ke sana dibuat secara spontan. Saya hanya perlu minta kebenaran emak.

“Kalau dahulu, banyak perkara yang perlu saya fikir seperti membuat permohonan cuti dan pelepasan majikan,” katanya.

Jujurnya, saya memang tidak kisah langsung soal itu. Sekarang adalah masa untuk diri saya. Dahulu, saya sangat sibuk dengan kerja dan selepas meninggalk­an dunia radio, saya banyak masa untuk diri serta keluarga. Apabila hidup solo, saya bebas untuk bergerak ke mana-mana”

 ??  ??
 ??  ?? Fara aktif dekati masyarakat menerusi program amal.
Fara aktif dekati masyarakat menerusi program amal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia