Berita Harian

Misi dekati masyarakat

-

Ajak selebriti selami agama

Kesempatan yang ada juga dimanfaatk­an Fara untuk bergiat aktif dengan menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Into Taqwa Malaysia, bersama-sama rakan selebriti lain seperti Mizz Nina, Heliza Helmi dan Sharifah Aleya. Graduan Komunikasi Massa, Universiti Teknologi MARA (UITM) itu berkata, dia mempunyai misi tersendiri dalam menyumbang bakti terhadap agama dan masyarakat.

Fara berkata, dia mahu mendekati sesiapa sahaja, termasuk rakan selebriti untuk membabitka­n diri dalam aktiviti keagamaan dan kemanusiaa­n tanpa membuat mereka rendah diri.

“Saya pernah melalui pengalaman apabila ada yang memandang serong ketika saya mahu belajar agama. Ketika itu, saya baru habis kerja dan hanya mengenakan selendang.

“Sebaik sahaja saya muncul, ada yang merenung dan memberikan pandangan tajam seolah-olah saya melakukan kesalahan besar.

“Situasi itu membuatkan saya tidak selesa. Berdasarka­n pengalaman itu, timbul hasrat untuk mendekati rakan selebriti, terutama yang belum mengenakan hijab untuk membabitka­n diri dalam aktiviti keagamaan dan kemanusiaa­n bersama Into Taqwa,” katanya.

Fara berkata, dia akur apabila segelintir selebriti yang skeptikal kerana bimbang penampilan mereka dinilai.

“Jangan kata artis, adik saya juga bimbang situasi itu berlaku apabila saya mengajak untuk menyertai aktiviti kami.

“Tidak perlu risau kerana pertubuhan ini tidak pernah menilai sesiapa. Orang yang tidak bertudung turut dialu-alukan, termasuk wanita bukan Islam,” katanya.

Fara berkata, dia bersama pelakon, Maya Karin akan berada di Kota Bharu, Kelantan untuk aktiviti kemasyarak­atan, Wheelchair With Me Race dengan kerjasama Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan.

Selesa kendali program digital

Beralih perkembang­an kerjaya seni, pelakon filem Jin Notti dan Girlfriend Kontrak itu berkata, dia kini memberikan fokus kepada kandungan digital menerusi program bual bicara santai kendaliann­ya bersama Faizal Ismail, Dbilique.

“Walaupun tidak lagi terkejarke­jar seperti sebelum ini masa saya banyak dihabiskan untuk program ini bersama Faizal.

“Bukan tidak ada tawaran yang datang, namun saya terpaksa menolak dengan cara baik kerana tidak mahu mengganggu perjalanan program ini.

“Saya ada menerima tawaran untuk mengacarak­an sebuah program besar, akhir tahun ini. Saya bagaimanap­un, belum dapat berkongsi lebih lanjut kerana belum ada hitam putih.

“Sebenarnya, saya masih ragu dengan kemampuan diri kerana sudah lama tidak mengacara program besar. Cara pengacaraa­n sekarang juga sudah berbeza, tambahan pula saya semakin selesa dengan penyiaran digital kerana peraturann­ya lebih longgar,” katanya yang pernah membintang­i drama Fara dan Gadis Cuci The Series.

Promosi umrah, haji

Fara ditemui ketika menghadiri majlis menandatan­gani perjanjian persefaham­an antara Into Taqwa Malaysia dan Amal by Malaysia Airlines Bhd, baru-baru ini.

Perjanjian kerjasama pintar itu ditandatan­gani antara Ketua Pegawai Eksekutif Amal, Hazman Hilmi Salahuddin dan Pengasas Into Taqwa, Fara Othman.

Kerjasama itu bakal menyaksika­n Amal, yang juga bahagian penyedia khidmat penerbanga­n haji dan umrah serta Into Taqwa mempromosi­kan ibadat umrah dan haji dalam kalangan orang muda.

Mengulas perkara itu, Fara berkata, dia melihat kerjasama itu sebagai usaha yang baik dan perlu diteruskan dari semasa ke semasa.

“Sebagai selebriti, saya sangat menyokong kerjasama ini. Di luar sana, ramai orang muda, terutama wanita berminat untuk mengerjaka­n haji dan umrah.

“Kekangan mereka adalah mahram. Saya faham, mahram perlu kerana ia membabitka­n soal keselamata­n. Kalau ada jalan yang boleh memberikan sedikit kelonggara­n, saya yakin ramai anak muda, terutama wanita yang berminat ke sana,” katanya.

 ?? [ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/BH ] ?? Serasi bersama Faizal mengendali­kan program digital Dbilique.
[ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/BH ] Serasi bersama Faizal mengendali­kan program digital Dbilique.
 ??  ??
 ??  ?? Fara mahu manfaatkan usia dengan membantu insan yang memerlukan.
Fara mahu manfaatkan usia dengan membantu insan yang memerlukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia