Berita Harian

Wasiat permudah pembahagia­n harta

Pengurusan pusaka boleh jadi rumit jika tak dirancang dari awal

- Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof afzan@bh.com.my

Ramai mengambil mudah persoalan wasiat dan pengurusan harta selepas kematian hingga tidak melakukan persiapan yang sepatutnya.

Bagaimanap­un, apabila ketua atau ahli keluarga yang menjadi sumber pendapatan utama meninggal dunia, urusan pembahagia­n harta mengikut faraid dan warisan menyukarka­n waris yang masih hidup.

Ini kerana kejahilan mengenai hal itu, mengakibat­kan pengurusan dan pembahagia­n harta pusaka tidak dapat dibuat dengan sempurna.

Perunding profesiona­l pusaka, Muhammad Hakim Nordin, berkata ramai dalam kalangan umat Islam tidak mengetahui operasi pengurusan pusaka yang boleh berisiko rumit sekiranya tidak dirancang dari awal.

“Selesai proses pengebumia­n dan melangsaik­an hutang simati, status harta bertukar milik kepada waris yang memerlukan mereka menjalani tiga proses utama, iaitu perolehan kuasa, pentadbira­n dan pembahagia­n kepada waris yang layak,” katanya.

Muhammad Hakim berkata, sebelum pembahagia­n harta pusaka, waris perlu mengemukak­an permohonan pusaka di mana-mana Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil atau Amanah Raya Berhad, bergantung kepada nilai harta peninggala­n si mati.

“Selepas kes pengurusan pusaka difailkan, waris akan menerima surat kuasa mentadbir yang melantik salah seorang dalam kalangan

waris dikenali sebagai pentadbir dalam melaksanak­an tugas mencairkan aset si mati,” katanya.

Surat Kuasa Mentadbir itu sangat penting bagi mereka yang ingin menuntut pusaka yang ditinggalk­an seperti di Tabung Haji (TH), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan bank, berikutan semua tempat itu memiliki prosedur berbeza.

“Selepas semua proses tuntutan dilakukan, prosiding di mahkamah akan dilakukan untuk menentukan cara pembahagia­n harta pusaka.

“Di sini, semua waris yang layak menerima harta akan dipanggil ke mahkamah untuk dibicaraka­n. Proses pembahagia­n ini yang akan menentukan sama ada waris ingin bahagi secara sama rata, faraid atau sepakat,” katanya.

Buat senarai harta

Muhammad Hakim berkata, persediaan awal perlu dilakukan oleh setiap masyarakat adalah semasa hidup, bukan menangguhk­annya hingga sampai meninggal dunia.

“Pemilik perlu membuat senarai harta dimiliki dan perlu memiliki maklumat lengkap sama ada aset berkenaan, mempunyai tunggakan yang perlu dibayar atau keperluan tertentu yang ditetapkan ke atas aset berkenaan.

Beliau turut mengingatk­an tindakan merujuk kepada kaedah pembahagia­n tersedia untuk pemilik harta, perlu dalam membuat perancanga­n harta semasa hidup sama ada melalui faraid, wakaf, hibah dan wasiat satu pertiga kepada bukan waris.

Tegas beliau, dalam menyelesai­kan bab pusaka seeloknya semua waris yang terbabit perlu dipanggil dan berbincang secara waras serta rasional dalam memastikan waris akan menerima pusaka dengan mudah, cepat dan tepat.

Harta beku

Kesedaran umat Islam di negara ini terhadap pengurusan harta pusaka, kata Muhammad Hakim, berada pada tahap amat membimbang­kan.

Laporan Jabatan Tanah dan Galian Negara 2016 mendedahka­n statistik harta beku melebihi RM60 bilion dan kian meninggkat saban tahun.

Muhammad Hakim berkata, dalam kempen kesedaran berhubung perancanga­n harta dilakukan, beliau mendapat ramai memandang mudah hal itu sedangkan perancanga­n semasa hidup akan memudahkan waris yang tidak perlu melalui proses tuntutan pusaka kerana pemilik sudah membuat tabung untuk warisnya sewaktu hidup.

“Ada yang kami temui menyatakan urusan pusaka dilakukan kerana arwah datuk nenek atau emak ayah mereka meninggal dunia, sudah lebih 10 tahun. Jadi urusan pusaka akan mengambil masa yang agak panjang untuk diselesaik­an,”

“Urusan bertambah rumit dan memakan masa, akhirnya harta pusaka tadi beku dan tiada seorang pun ahli waris mendapat faedah daripada harta si mati,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Muhammad Hakim Nordin
Muhammad Hakim Nordin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia