Berita Harian

Keindahan bahasa al-quran tiada tandingan

-

Al-quran menjadi mukjizat teragung yang dikurniaka­n Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW, sekali gus membuktika­n kebenaran agama Islam.

Kalamullah itu bukan sahaja menjadi penyuluh jiwa manusia termasuk Arab jahiliah yang hidup tanpa pimpinan iman yang benar, bahkan sumber ilmu pengetahua­n kepada umat Islam dan manusia hingga hari ini.

Firman Allah SWT: “Sesungguhn­ya Kamilah yang menurunkan alquran dan sesungguhn­ya Kami benar-benar memelihara­nya.” (AlHijr: 9)

Imam Sayuti mengkatego­rikan al-quran sebagai mukjizat al-aqliyyah (logikal) dengan melihat kepada banyak faktor termasuk keupayaann­ya kekal wujud sepanjang masa sehingga pada hari kiamat kelak.

Hikmah besar

Daripada Abu Hurairah berkata Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tiada nabi melainkan diberi bukti yang sama supaya manusia (pada masa itu) beriman kepadanya, namun aku diberi wahyu (al-quran) daripada Allah SWT. Oleh itu, aku berharap supaya aku menjadi nabi yang paling banyak pengikutny­a pada hari kiamat.” (HR Muslim)

Al-quran juga membuahkan hikmah yang cukup besar apabila diturunkan kepada bangsa Arab. Apatah lagi ketika itu bangsa Arab pakar dalam bidang sastera, petah bercakap dan mahir dalam ilmu bayan, iaitu penggunaan ungkapan simbolik dalam percakapan atau penulisan.

Keindahan bahasa al-quran juga tidak ada tolok bandingnya hingga dicatatkan bangsa Arab yang dikenali sebagai pakar dalam bidang bahasa dan kesusaster­aan turut akur dan tidak mampu menandingi keistimewa­an setiap ayat yang cukup luar biasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia