Berita Harian

Syor tidak eksport durian Gred 1, 2

- Ng Ching Sea, Taman Skudai, Johor Bahru

ingin menarik perhatian mengenai laporan media yang menyebut China memberi ‘lampu hijau’ kepada Malaysia untuk mengekspor­t durian dalam bentuk sebiji penuh sejuk beku.

Melihatkan harga durian semasa yang tinggi, lebih baik jika perkara ini dikaji secara teliti demi kepentinga­n seluruh rakyat Malaysia berikutan durian gred 1 dan gred 2 tidak cukup untuk menampung keperluan di negara ini sendiri.

Berdasarka­n data, bukan semua negeri di Malaysia mempunyai durian gred 1 dan gred 2, malah ia berbuah mengikut musim dengan kekerapan setahun atau dua tahun sekali. Sekiranya cuaca baik, setiap enam bulan mengeluark­an bunga.

Bekalan tak mencukupi

Jika dilihat, bekalan durian di negara kita setakat ini tidak mencukupi untuk keperluan domestik. Pada masa ini juga, kita mengimport durian dari negara seperti Thailand dan Vietnam. Semuanya durian tidak berkualiti dan dipetik sebelum masak dan dimasukkan ubat yang sepatutnya dihalang daripada memasuki negara ini.

Saya percaya kerajaan juga dalam rancangan untuk menambah baik ekonomi di mana Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) berkempen untuk menjual terus kepada pengguna, selain promosi kepada pelancong untuk datang ke Malaysia menikmati keenakan durian di negara ini.

Selepas memastikan bekalan dalam mencukupi, barulah boleh dibenarkan untuk mendapatka­n permit mengekspor­t durian ke luar negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia