Berita Harian

Feri lebih muatan karam

18 terbunuh dalam insiden berhampira­n Pulau Madura

-

Sekurang-kurangnya 18 orang, termasuk empat kanak-kanak maut selepas sebuah feri penumpang karam di luar pulau Jawa Indonesia, lewat malam kelmarin.

Menurut jurucakap polis Jawa Timur, Frans Barung Mangera, feri 10 meter itu dilaporkan terlebih muatan dengan kira-kira 50 penumpang apabila ia terbalik berhampira­n pulau Madura.

Masih hilang

Pasukan mencari dan menyelamat menemui 13 mayat pagi semalam - menjadikan jumlah yang maut 18 orang manakala 31 terselamat.

Penyelamat mencari sekurang-kurangnya tiga orang yang disenaraik­an masih hilang namun laporan tempatan menunjukka­n mungkin lebih banyak mangsa tidak berada dalam senarai rasmi.

“Feri disyaki terlebih muatan. Ia dilambung ombak besar, terbalik dan karam,” kata Frans dalam satu kenyataan.

Feri itu ditemui nelayan tidak lama selepas karam, tambahnya.

Lebih 160 orang maut apabila feri penumpang karam di Tasik Danau Toba, Sumatera tahun lalu manakala lebih 300 dianggarka­n lemas pada 2009 apabila feri karam antara pulau Sulawesi dan Borneo.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Anggota penyelamat Indonesia membantu mengangkat mangsa susulan insiden karam di Sumenep di Madura, Indonesia, semalam.
[ FOTO AFP ] Anggota penyelamat Indonesia membantu mengangkat mangsa susulan insiden karam di Sumenep di Madura, Indonesia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia