Berita Harian

12 maut dua gempa bumi kuat landa China

-

Beijing: Angka kematian akibat dua gempa bumi kuat di China meningkat kepada 12 orang, semalam dengan 134 cedera ketika petugas penyelamat bekerja berterusan untuk menarik keluar mangsa yang terperangk­ap.

Lebih 4,000 orang dipindahka­n ketika banyak bangunan dan rumah musnah atau pun runtuh dalam insiden pada lewat malam kelmarin di Yibin di wilayah Sichuan, menurut kenyataan kerajaan bandar raya.

Gegaran gempa itu, berselang 30 minit dirasai di bandar serantau utama seperti ibu kota wilayah Chengdu dan metropolis Chongqing.

Gambar dihantar di media sosial menunjukka­n, penduduk bergegas lari menyelamat­kan diri ke jalanan dan rekahan kelihatan di sesetengah bangunan.

Tarik mangsa

Penyelamat menarik sesetengah mangsa keluar daripada runtuhan hidup-hidup berhampira­n pusat gempa, terletak di kawasan luar bandar, menurut laporan televisyen tempatan.

Gempa pertama berkekuata­n magnitud 5.9 diikuti gempa kedua magnitud 5.2, kedua-duanya berlaku pada kedalaman 10 kilometer serta berpusat berhampira­n daerah Changning, kata Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Pada Mei 2008, bencana alam dengan magnitud 7.9 menyebabka­n 87,000 orang terkorban atau hilang di Sichuan.

 ??  ?? Gegaran gempa dilaporkan dirasai di bandar serantau utama seperti ibu kota wilayah Chengdu dan Chongqing.
Gegaran gempa dilaporkan dirasai di bandar serantau utama seperti ibu kota wilayah Chengdu dan Chongqing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia