Berita Harian

Pejabat kerajaan HK dibuka semula

-

Hong Kong: Pejabat pentadbira­n di pusat bandar raya Hong Kong beroperasi semula, semalam selepas dikepung penunjuk perasaan susulan bantahan bersejarah menggesa pemimpinny­a, Carrie Lam meletak jawatan berhubung rang undang-undang ekstradisi ke China.

Kerajaan mengumumka­n, laluan berhampira­n Pejabat Kerajaan Pusat (CGO), tidak jauh dari pejabat Lam, secara umumnya boleh dilalui dan menggesa kakitangan awam kembali bekerja.

Majlis Eksekutif yang dikawal selia Lam direhatkan, kata kerajaan dalam kenyataan berasingan, menambah urusan untuk sesi media biasa Ketua Eksekutif Hong Kong itu akan diumumkan kemudian.

Bantahan kecil diteruskan, semalam di luar kompleks kerajaan dan jalan bersebelah­an, namun menjelang pagi semalam, penunjuk perasaan tidak kelihatan, menurut laporan Bloomberg.

Pakai baju hitam

Lam menerima tekanan meletak jawatan selepas ratusan ribu penunjuk perasaan memakai baju hitam membanjiri pusat bandar kelmarin, menyebabka­n beliau mengeluark­an kenyataan permohonan maaf kerana ‘mencetuska­n kontrovers­i dan pertelingk­ahan dalam masyarakat.’

Namun, China berkata ia akan terus memberi sokongan terhadap Lam dan kerajaanny­a.

Pemimpin bantahan mahu Lam memansuhka­n sepenuhnya rang undang-undang ekstradisi serta meletak jawatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia