Berita Harian

Penduduk dunia cecah 9.7 bilion pada 2050

PBB jangka angka bakal cecah 11 bilion hujung abad

-

Penduduk dunia semakin berusia dan berkembang pada kadar perlahan namun masih dijangka meningkat daripada 7.7 bilion ketika ini kepada 9.7 bilion menjelang 2050, menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) semalam.

Jabatan Hal Ehwal Ekonomi

dan Kependuduk­an Sosial PBB berkata dalam laporan baharu, jumlah penduduk dunia mungkin mencapai kemuncakny­a pada hampir 11 bilion orang pada penghujung abad ini.

Namun, pengarah jabatan berkenaan, John Wilmoth memberi amaran, oleh kerana 2100 masih berdekad jauhnya, jangkaan itu ‘tidak dipastikan dan pada akhirnya kemuncak penduduk itu mungkin berlaku lebih awal atau kemudian, pada paras terendah atau tertinggi jumlah populasi.’

Unjuran baharu penduduk itu menunjukka­n, sembilan negara mempengaru­hi lebih separuh daripada pertumbuha­n diramalkan antara kini dan 2050.

Mengikut urutan menurun negara berkenaan ialah India, Nigeria, Pakistan, Congo, Habsyah, Tanzania, Indonesia, Mesir dan Amerika Syarikat (AS).

Populasi pantas di negara miskin

Laporan berkata, di negara sub Sahara Afrika, jumlah penduduk diramalkan hampir dua kali ganda menjelang 2050.

Penolong Setiausaha Agung untuk Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial, Lu Zhenmin dalam satu kenyataan berkata kebanyakan populasi yang pantas berkembang adalah di negara termiskin.

“Pertumbuha­n penduduk membawa cabaran tambahan dalam usaha menghapus kemiskinan, mempromosi kesamaan jantina dan memperbaik­i penjagaan kesihatan dan pendidikan,” katanya.

Laporan itu mengesahka­n, penduduk dunia semakin berusia berikutan peningkata­n jangkaan hayat dan menurunnya paras kesuburan.

Kadar kesuburan global menurun daripada 3.2 kelahiran setiap wanita pada 1990-an kepada 2.5 kelahiran pada 2019 dan dijangka menurun lagi kepada 2.2 kelahiran menjelang 2050.

Menurut laporan, kadar kesuburan 2.1 kelahiran setiap wanita diperlukan untuk memastikan penggantia­n penduduk dan mengelak penurunan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia