Berita Harian

Lelaki NZ dipenjara 21 bulan kongsi video tembakan

-

Wellington: Seorang lelaki New Zealand dihukum penjara 21 bulan, semalam kerana mengedarka­n video langsung pembunuhan menggerunk­an dua masjid Christchur­ch yang mengorbank­an 51 penduduk Islam pada 15 Mac lalu, lapor media tempatan.

Philip Arps, 44, ditahan di Christchur­ch empat hari selepas serangan suspek bersenjata, Brenton Tarrant di dua masjid bandar South Island menyebabka­n pembunuhan terburuk dalam sejarah moden New Zealand.

Arps mengaku bersalah atas dua tuduhan mengedarka­n bahan tidak menyenangk­an kerana berkongsi rakaman langsung di media sosial ketika serangan.

Mahkamah Daerah Christchur­ch mendengar, Arps mengedarka­n rakaman itu kepada kira-kira 30 orang dan memiliki versi lain yang diubah untuk memasukkan imej sasaran tembakan dan ‘jumlah mangsa’, lapor akhbar New Zealand Herald.

“Ini adalah kesan jenayah kebencian terhadap penduduk Islam,” kata Hakim Stephen O’driscoll.

Tindakan menghina

Katanya, adalah ‘agak kejam’ berkongsi video itu beberapa hari selepas serangan apabila saudara mara masih menunggu berita orang tersayang.

Arps, seorang penyokong ketuanan kulit putih disabitkan pada 2016 kerana melakukan tindakan menghina apabila meletakkan kepala babi di Masjid Al Noor, satu daripada dua premis yang menjadi sasaran tembakan, lapor Newshub.

Tarrant, pengganas kulit putih dari Australia minggu lalu mengaku tidak bersalah atas tuduhan keganasan serta 51 tuduhan membunuh dan 40 cubaan membunuh. Tertuduh akan dibicaraka­n pada Mei tahun depan.

 ?? [ FOTO AGENSI ] ?? Arps mengaku bersalah atas dua tuduhan mengedarka­n bahan tidak menyenangk­an kerana berkongsi rakaman langsung di media sosial ketika serangan.
[ FOTO AGENSI ] Arps mengaku bersalah atas dua tuduhan mengedarka­n bahan tidak menyenangk­an kerana berkongsi rakaman langsung di media sosial ketika serangan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia