Berita Harian

Neymar hampir pasti ke Barca

Globe Sports dakwa pegawai PSG, Barcelona sedang mula berbincang

-

Neymar semakin hampir untuk kembali ke Barcelona dengan Ousmane Dembele, Ivan Rakitic dan Samuel Umtiti dijangka digunakan untuk mendapatka­n bintang Brazil itu.

Laporan terbaharu di Perancis mendakwa pemain berusia 27 tahun itu sudah melihat masa depannya di tempat lain dan PSG akan melepaskan­nya jika menerima tawaran sesuai.

Menurut Globe Sports, Barcelona sudah mengadakan perbincang­an dengan pegawai tertinggi di PSG dan yakin akan dapat mencapai perjanjian membolehka­n Neymar kembali musim panas ini.

Mereka juga mendakwa PSG sudah meminta mendapatka­n pemain lain serta bayaran tunai dan yuran perpindaha­n sekitar 90 juta pound (RM471 juta).

Kontrak tamat 2022

Pemain yang akan disertakan dalam perjanjian itu masih belum diputuskan namun Dembele, Rakitic dan Umtiti masingmasi­ng dikaitkan.

Neymar, yang kini menjalani pemulihan akibat kecederaan pada pergelanga­n kaki awal bulan ini, meninggalk­an Barcelona untuk ke PSG pada 2017 dengan rekod dunia 198 juta pound (RM1.036 bilion).

Dia memiliki kontrak di PSG hingga 2022 tapi tampak semakin hampir meninggalk­an kelab itu.

Walaupun membuat keputusan meninggalk­an Barcelona dua tahun lalu, difahamkan sejumlah pegawai dalam kelab itu mahu mendapatka­nnya semula.

Real Madrid juga menyatakan minat terhadap Neymar namun nampaknya mereka akan gagal mendapatka­n tandatanga­n pemain itu kepada pencabar utama itu.

 ?? [ FOTO AFP ] ??
[ FOTO AFP ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia