Berita Harian

Sanchez akhiri kemarau gol

Satu jaringan bantu Chile benam Jepun selepas 5 bulan buntu

-

Sao Paulo

Penyerang Chile, Alexis Sanchez menghela nafas lega selepas kembali menemui sentuhan gol dalam tempoh lima bulan ketika membantu negaranya menewaskan Jepun 4-0 pada aksi Copa America 2019, semalam.

Chile yang juga juara edisi 2015 dan 2016 membuka tirai jaringan pada babak pertama menerusi Erick Pulgar dan menambah gol kedua menerusi Eduardo Vargas pada separuh masa kedua dengan Sanchez menyumbat gol ketiga, 10 minit sebelum permainan berakhir menerusi tandukan.

Vargas membuktika­n ketajamann­ya apabila meledak gol kedua peribadiny­a buat penyandang juara itu, seminit kemudian berpunca daripada hantaran Sanchez.

Bergelut bersama Manchester United sejak mengharung­i kecede

raan lutut pada Mac lalu, Sanchez mengakui dia mengharung­i tempoh paling buruk dalam kariernya baru-baru ini.

“Selama enam minggu saya merasa cukup teruk dan saya tidak pernah merasainya sebelum ini,” kata Sanchez. “Saya bergelut pada babak pertama dan berasa kaku tetapi pada babak kedua, saya lebih tenang dan bermain dengan Penyerang Chile lebih kebebasan dan keterujaan.”

Ujian buat pemain

Kemenangan meletakkan Chile berkongsi tangga teratas Kumpulan C bersama Uruguay yang turut menewaskan Ecuador 4-0, kelmarin.

Jepun yang juga naib juara Asia dan beraksi bersama Qatar menyenarai­kan ramai pemain berbakat tetapi kurang pengalaman dan menggunaka­n kejohanan sebagai ujian buat pemain menjelang temasya Olimpik di Tokyo, tahun depan.

Chile tidak dianggap sebagai calon juara bagi edisi kali ini sekali pun tiba dengan status penyandang juara selepas gagal layak ke Piala Dunia tahun lalu tetapi Sanchez berkata pasukan itu berada di landasan yang betul.

“Saya fikir kami sudah meningkat sebagai pasukan sejak 2015 ketika bertahan dan kembali melakukan serangan dengan pantas,” katanya. “Kami menang perlawanan yang amat sukar dan kini kami perlu berfikir mengenali lawan berikutnya.”

Lawan Chile seterusnya ialah Ecuador, Sabtu ini selepas pertembung­an Jepun dan Uruguay. REUTERS

 ??  ??
 ??  ?? Pemain pasukan Chile cuba merampas bola dari pemain Jepun. Chile menewaskan Jepun 4-0.
Pemain pasukan Chile cuba merampas bola dari pemain Jepun. Chile menewaskan Jepun 4-0.
 ??  ?? Aksi Sanchez selepas menjaringk­an gol.
Aksi Sanchez selepas menjaringk­an gol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia