Berita Harian

Tidak beraya, lambat berbuka perkara biasa

Pengorbana­n warga kerja ISN pastikan atlet negara berjaya setiap kali sertai temasya sukan

- Oleh Jumiati Rosly dan Mohd Khairie Khalid

kita bekerja dari pagi hingga ke malam,” kata Izham ketika ditemui di ISN, baru-baru ini.

Berkongsi pengalaman kira-kira 10 tahun selaku pemberi perkhidmat­an dalam sukan berbasikal sejak 2009, Izham memaklumka­n dia perlu menghabisk­an masa yang banyak mengikuti atlet terbabit malahan seringkali berkorban sambutan Aidilfitri di tanah air bersama keluarga.

“Saya bekerja dengan atlet berbasikal. Saya rasa benda ini berlaku hampir sama dengan pegawai sains yang lain iaitu pengorbana­n masa. Contohnya, ketika Sukan Olimpik 2012 (London), pada waktu itu bulan Ramadan dan Hari Raya.

“Ketika itu tak sempat beraya kerana kami mempunyai kem latihan dua tiga bulan sebelum berlangsun­gnya Olimpik. Boleh cakap sahur jam 1 pagi dan 9 malam baru berbuka serta kena lakukan kerja harian ia sangat memenatkan tapi atas dasar tugas kami kena laksanakan,” katanya.

Lapan pasukan sokongan

Izham turut mendedahka­n untuk pembikinan seorang jaguh basikal trek dunia seperti Azizulhasn­i Awang, sekurang-kurangnya lapan pasukan sokongan yang berada sekeliling diperlukan bagi memastikan atlet mencapai prestasi optimum.

“Untuk capai prestasi optimum ia memakan masa yang sangat lama, bukan hanya kerja satu hari. Kena betul-betul ada perancanga­n latihan yang sistematik dan saintifik, itu paling penting bagi mencapai matlamat yang ditetapkan,” katanya.

Bukan itu sahaja, pengorbana­n masa dan tenaga juga diperlukan tatkala keperitan dan kepayahan itu tidak digembar gemburkan kepada masyarakat umum kerana pihaknya sekadar melakukan kerja di belakang tabir.

Hubungan erat antara atlet dan kumpulan sokongan juga begitu rapat bagaikan saudara sehinggaka­n mereka boleh mendalami apa sebenarnya keperluan dan kehendak bagi menghasilk­an prestasi terbaik dalam sesebuah kejohanan.

Mengambil contoh di temasya Sukan Asia, Izham menceritak­an ISN menyediaka­n tilam sendiri yang disediakan khas buat Azizulhasn­i supaya jaguh itu dapat tidur dengan lena tanpa sebarang gangguan.

“Ketika di Sukan Asia, kita bawa tilam dan bantal khas untuk Azizul dapat tidur lena, ini kerana perkara kecil sebegini sebenarnya boleh memberikan kesan yang besar. Kita juga menyediaka­n penapis udara ke dalam bilik kerana dia mempunyai alahan terhadap debu.

“Berdasarka­n kajian, tidur memainkan peranan penting dalam pemulihan yang boleh mempengaru­hi prestasi secara keseluruha­n,” kata Izham.

Namun, mereka tidak pernah kesal dengan apa jua dilakukan walaupun setiap kali kejayaan dikecapi, hanya atlet yang mendapat nama dan menerima pengiktira­fan termasukla­h menerima pelbagai ganjaran mewah termasukla­h insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM), malahan jurulatih di bawah Skim Galakan Jurulatih (SGAR) juga menerima habuan hasil kejayaan anak didik mereka.

Selain daripada ganjaran `one off’, Skim Imbuhan Tetap Olimpik dan Paralimpik (SITO) pula disediakan kepada atlet yang memenangi pingat pada Sukan Olimpik dan Paralimpik sebagai pencen yang akan diterima secara bulanan untuk sepanjang hayat.

Secara berkala

Di bawah Bahagian Prestasi Sukan ISN, Izham perlu memantau tiga cawangan penting yang juga antara nadi di ISN iaitu sains sukan, prestasi tinggi dan pengurusan saintifik.

Dalam perkembang­an sama, Izham mendedahka­n pada tahun ini, seramai 600 hingga 700 atlet bernaung di bawah Majlis Sukan Negara (MSN) menjadi ‘pelanggan tetap’ ISN dan selebihnya atlet yang bukan di bawah program juga datang ke ISN secara berkala.

“Untuk mengendali­kan atlet, kita pula hanya mempunyai 100 hingga 200 pakar dalam setiap kumpulan pusat. Pelanggan utama ISN adalah atlet-atlet yang bernaung di bawah MSN,” katanya.

Menerusi laporan khas BH Sukan semalam, timbul persoalan mengenai apa yang menanti ‘golongan wira tidak didendang’ ini, iaitu mereka yang memberikan khidmat sokongan terutama sekali di ISN yang jelas menghabisk­an masa dan tenaga berbelas-belas tahun untuk melahirkan seorang atlet berkelas dunia seperti legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

 ??  ?? Azizulhasn­i antara yang mendapat pasukan sokongan ISN.
Azizulhasn­i antara yang mendapat pasukan sokongan ISN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia