Berita Harian

Khairy sah tanding Presiden MPM

-

Kuala Lumpur: Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mendapat ‘lampu hijau’ daripada Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) untuk bertanding merebut jawatan Presiden pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu, 29 Jun ini.

Kenyataan media dikeluarka­n oleh MPM di sini, semalam mengesahka­n Khairy bertanding atas tiket Persekutua­n Ragbi Kerusi Roda Malaysia dan bakal bersaing dengan Presiden Persatuan Kanu Malaysia (MASCA), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin.

“Lima calon menghantar borang pada 15 Jun lalu dan mereka adalah Siti Zaharah (Abdul Khalid), Dr Naharuddin (Hashim), Dr S Radha Krishnan, John Ng Keng Chuan dan Khairy. Borang terakhir diterima pada pukul 9.38 malam.

“Lembaga Eksekutif sebulat suara memutuskan bahawa lima calon terbabit dibenarkan bertanding kerana mereka mematuhi peraturan dan memfailkan pencalonan masing-masing dalam tempoh masa dan mematuhi syarat yang ditetapkan di borang pencalonan,” kata Presiden MPM, SM Nasarudin SM Nasimuddin.

8 calon Naib Presiden

Sebelum ini, status Khairy menjadi tanda tanya selepas difahamkan borang pencalonan­nya dihantar pada pukul 11.30 malam 15 Jun bersama John yang juga Timbalan Presiden MPM, sedangkan tarikh akhir yang tertera di borang pencalonan adalah pada pukul 11.59 malam, 14 Jun.

John dari Persatuan Ping Pong Malaysia bakal berentap dengan Dr Radha Krishanan dari Persatuan Sukan Orang Buta Malaysia/ Persatuan Boccia Malaysia bagi posisi Timbalan Presiden MPM.

Lapan pencalonan bagi jawatan Naib Presiden iaitu Hadfizah Abd Khafidz (Persatuan Tenpin Bowling Para Malaysia), K M Rajendran (Taekwando Malaysia), Muhd Iqbal Sulaiman (Tenis Berkerusi Roda Malaysia), Dr Ang Kean Koo (Persekutua­n Bola Keranjang Kerusi Roda Malaysia), Dr Naharuddin Hashim (Persatuan Badminton Malaysia), Mejar Azhari Abdullah (Persatuan Bola Sepak Orang Buta Malaysia).

Dua lagi pencalonan untuk mengisi satu kuota wanita adalah Siti Zaharah Abdul Khalid (Persatuan Boling Padang OKU Malaysia) dan Noor Syahieda Mat Shah (Persatuan Powerlifti­ng Para Malaysia).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia