Berita Harian

KL perlu menang dengan MU

-

Kuala Lumpur: Tiada pilihan lain buat Kuala Lumpur (KL) selain wajib mendapatka­n tiga mata apabila melayan kunjungan Melaka United (MU) di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam ini jika tidak mahu kembali berada dalam zon penyingkir­an.

Skuad ibu kota itu hanya dibezakan satu mata dengan zon penyikiran susulan kekalahan 1-2 kepada Selangor di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.

Melihat perjalanan liga yang hanya berbaki enam perlawanan lagi, skuad The City Boys kini perlu mengelak daripada terlepas mata penting sekiranya menaruh impian untuk kekal dalam Liga Super musim depan.

Jurulatihn­ya, Chong Yee Fatt berkata pasukannya akan meneruskan perjuangan dalam usaha memastikan skuad itu tidak jatuh ke Liga Perdana.

“Sudah pasti kami kecewa dengan keputusan ketika berdepan Selangor. Tetapi masih ada enam perlawanan lagi dan kami harus teruskan perjuangan.

“Semua pemain memberikan aksi terbaik dalam setiap perlawanan dan saya seharusnya memberi pujian kepada mereka. Jadi untuk perlawanan seterusnya (menentang MU kami perlu beraksi dengan lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Jurulatih MU, Zainal Abidin Hassan mahu barisan tengah menghantar lebih kerap bola kepada penyerang kelahiran Ivory Coast, Davy Angan bagi membolehka­n pemain terbabit menampilka­n bisanya yang sebenar.

Katanya, mereka dilihat berjaya melakukan tugasan berkenaan dengan baik pada 45 minit pertama dan awal episod kedua ketika berdepan Terengganu FC (TFC) Sabtu lalu.

“Pendekatan ini membolehka­n Angan meledak dua gol penting bagi membantu pasukan mengikat lawan 3-3 pada aksi di gelanggang sendiri itu. Jadi saya mengharapk­an hantaran bola kepadanya mampu direalisas­ikan lebih agresif ketika berdepan KL,” katanya.

Zainal berkata kehadiran Angan mengambil alih tempat Anselmo Casagrande yang dipinjamka­n ke Pulau Pinang dianggap berbaloi berdasarka­n prestasi semasa ditampilka­n setakat ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia