Berita Harian

JDT sedia perangkap Selangor

Figueroa, Mora ada strategi pastikan Harimau mengaum lebih kuat

- Oleh Rizar Mohd Noor

Ujian getir menanti penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila melayani kunjungan Selangor pada pertembung­an Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan

Yunos, Larkin, di sini, malam ini.

JDT memerlukan tiga kemenangan daripada baki enam perlawanan bagi mengesahka­n kejuaraan liga dan pertembung­an menentang skuad kendalian B Sathianath­an menjadi ukuran sebenar skuad kendalian Luciano Figueroa dan Benjamin Mora mencipta kemenangan di laman sendiri.

Figueroa dan Mora sudah tentu sedia merencana strategi lebih ampuh selepas aksi menentang PKNP FC yang menyaksika­n mereka diikat 1-1, tampak tidak begitu baik sekali gus tidak lagi terlalu bergantung kepada nasib untuk memburu kemenangan.

Jika diimbas kembali kenyataan Figueroa, rata-rata pasukan lawan yang menentang JDT akan beraksi bermati-matian untuk berusaha menewaskan mereka. Malah senario itu pasti memberi cabaran getir buat JDT yang masih mengekalka­n rekod tanpa kalah pada musim ini.

“Keputusan seri dengan PKNP FC, baru-baru ini bukanlah yang kami inginkan dan kami tidak beraksi dengan baik pada perlawanan itu dan mahu melupakan perkara yang lepas, sebaliknya kami kini memberi tumpuan untuk aksi menentang Selangor.

Rombak posisi tengah

“Selangor adalah pasukan yang hebat dan kami harus berwaspada dengan corak permainan lawan dan mereka akan turun untuk cuba mengecewak­an kami namun kami bersedia untuk beri tentangan pada perlawanan itu nanti,” kata Figueroa.

Walaupun masih mengekalka­n tangga teratas liga selepas mengharung­i 16 perlawanan dan mengumpul 40 mata, JDT tidak boleh lagi keciciran mata untuk merealisas­ikan impian memburu kejuaraan liga buat kali keenam berturut-turut, sebaliknya harus tampil lebih agresif bagi menjinakka­n skuad The Red Giants.

Apapun Figueroa dan Mora bakal melakukan rombakan di posisi tengah kerana tidak dapat menurunkan Afiq Fazail selepas pemain itu digantung satu perlawanan akibat layangan kad merah ketika aksi menentang PKNP FC, Jumaat lalu.

Namun situasi itu tidak merisaukan kem JDT tatkala mereka dibarisi pemain yang berkualiti untuk mengisi kekosongan Afiq dan kemungkina­n Syamer Kutty Abba akan beraksi berganding bersama Hariss Harun dan Leandro Velazquez dengan formasi 4-3-3.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia