Berita Harian

Sathia akui tugas berat menanti di Larkin

-

Kuala Lumpur: Ketua Jurulatih Selangor, B Sathianath­an mengakui pasukannya berdepan tugas berat berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, malam ini.

Malah, beliau menyifatka­n barisan pemainnya seolah-olah perlu bermain seperti 120 minit untuk menentang juara Liga Super lima kali berturut-turut itu.

Pengendali berusia 61 tahun itu bagaimanap­un menuntut anak buahnya membuktika­n Selangor juga antara pasukan terbaik dalam kancah bola sepak tempatan.

“Mereka (JDT) serius dalam liga dan mereka juga seri dengan PKNP. Jadi memang mereka akan bermain habis-habisan untuk menentang kami.

“Saya fikir untuk kami bukan 90 minit (masa permainan), tapi (seperti) 120 minit apabila berdepan JDT. Kami perlu betul-betul tumpukan perhatian dan bekerja keras kerana JDT adalah pasukan terbaik dalam negara.

“Ini cabaran untuk semua pemain dan mereka perlu menunjukka­n yang Selangor juga antara pasukan terbaik. Untuk berada dalam kelompok tiga terbaik, kami perlu hadapi cabaran ini kerana selepas ini kami juga akan berdepan pasukan kuat, Pahang,” katanya.

Rebut kedudukan naib juara

Selangor kini berada di kedudukan ketiga liga selepas mengumpul 25 mata hasil daripada enam kemenangan, tujuh seri dan tiga kekalahan.

Walaupun seakan mustahil untuk mencabar kejuaraan liga apabila dibezakan dengan 15 mata daripada JDT, namun Red Giants masih berpeluang untuk merebut gelaran naib juara atau sekurangku­rangnya menamatkan saingan dalam kelompok tiga teratas.

Sementara itu, penyerang Selangor, Ifedayo Olusegun berharap rakan sepasukan dapat memberikan komitmen terbaik untuk mendapatka­n keputusan positif.

“Paling penting adalah kerjasama dan jaringan yang saya hasilkan kerana usaha bersama. Kami bermain dengan baik dan saya hanya menyudahka­n hantaran rakan sepasukan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia