Berita Harian

Lelaki libas pedang elak ditahan polis

-

Sibu: Seorang pegawai polis di sini berhadapan detik cemas apabila diserang dengan pedang dalam kejadian di Jalan Huo Ping, kelmarin.

Dalam kejadian 5.45 petang itu, pegawai terbabit bersama sepasukan anggota mahu menahan suspek lelaki berusia 26 tahun selepas mendapat aduan daripada ibunya bahawa suspek sering mengamuk serta meracau dipercayai akibat pengaruh dadah.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit, berkata setibanya pegawai dan sepasukan anggotanya di depan pagar rumah, mereka memperkena­lkan diri sebagai polis kepada suspek.

Sempat dielak

“Suspek terus masuk ke dalam biliknya sambil diiringi pegawai dan anggotanya sebelum secara tiba-tiba mengambil sebilah pedang kecil dan menghayun ke arah pegawai itu tetapi sempat dielak.

“Mangsa dan pasukannya terus berlari keluar dari kawasan rumah sambil dikejar lelaki terbabit,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, pegawai itu kemudianny­a menghubung­i pusat kawalan untuk meminta bantuan unit kenderaan peronda.

“Polis mengekori lelaki itu semula dan menahannya di dalam bilik. Suspek juga masih bertindak agresif ketika tangkapan dibuat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia