Berita Harian

Tiga anggota kumpulan James diburu

-

Kota Kinabalu: Dua berjaya diberkas, manakala tiga lagi anggota kumpulan James diburu polis selepas terbabit dalam kes samun di sebuah rumah banglo di Jalan Sembulan, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, tiga daripada lima suspek bertindak menyamun rumah berkenaan, menyebabka­n kerugian sehingga RM83,000.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 11 pagi selepas wanita yang juga pembantu rumah itu didatangi tiga suspek lelaki tempatan dengan bersenjata jenis pisau.

“Dua suspek memakai topeng untuk mengelak daripada dikenali ketika melakukan samun, seorang daripada suspek bertindak mengacu pisau kepada mangsa dan mengugutny­a supaya menunjukka­n barang kemas yang disimpan oleh pemilik rumah.

“Dua suspek berkenaan terus ke bilik utama pemilik rumah dan menggeleda­h rumah berkenaan sebelum melarikan barang kemas, beg berjenama, wang tunai RM8,000 dan RM10,000 mata wang asing,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia