Berita Harian

Konsep rumah kawasan setinggan dikaji

-

Sandakan: Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan akan meneliti konsep pembanguna­n sesuai untuk membina semula rumah di kawasan setinggan yang terbakar.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Jaujan Sambakong, berkata kebanyakan kawasan setinggan yang terbakar di Sabah khususnya di daerah ini, terletak di tepi laut dan tidak sesuai untuk membina rumah pangsa.

Katanya, keluasan tanah juga perlu diambil kira jika merancang membangunk­an satu rumah di atas setiap lot tanah.

“Di Sabah, Sandakan antara yang paling banyak kawasan setinggan. Semalam (kelmarin) saya lawat Kampung Karamuntin­g yang terbakar, kawasan itu terletak di tepi laut dan tidak sesuai jika dibina rumah pangsa 15 tingkat.

“Jika bina rumah atas tanah, mungkin tanah tidak mencukupi kerana banyak rumah harus dibina, sekali gus memerlukan kita melihat kawasan dan kesesuaian penduduk,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di dewan serba guna Masjid Daerah Sandakan, di sini, semalam.

Semua agensi bekerjasam­a

Yang turut hadir, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, George Hiew Vun Zin; Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Ariffin Asgali; Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee dan Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS), Datuk Peter Hii Chang Lik.

Rumah terbuka anjuran Jaujan bersama MPS itu dihadiri kira-kira 1,000 tetamu membabitka­n kakitangan kerajaan, pemimpin serta penduduk setempat.

Jaujan berkata, semua agensi di bawah kementeria­nnya termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah, Lembaga Pembanguna­n Perumahan dan Bandar selain Jabatan Tanah dan Ukur akan bekerjasam­a merancang jenis rumah sesuai dibina di kawasan setinggan yang terbakar.

Dalam perkembang­an lain, Jaujan berkata kementeria­nnya akan memastikan setiap PBT di negeri ini mengutamak­an penambahba­ikan kemudahan awam terutama pasar awam yang menjadi tumpuan rakyat.

Sandakan antara yang paling banyak kawasan setinggan. Semalam (kelmarin) saya lawat Kampung Karamuntin­g yang terbakar, kawasan itu terletak di tepi laut dan tidak sesuai jika dibina rumah pangsa 15 tingkat”

Jaujan Sambakong, Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia