Berita Harian

Lima pendekatan dirangka tingkat kualiti hidup rakyat

Kebajikan penduduk ditambah baik dalam semua aspek

- Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah

Kerajaan negeri menggarisk­an lima pendekatan pembanguna­n dalam usaha meningkatk­an kualiti hidup dan memenuhi harapan rakyat menikmati kehidupan yang lebih baik di bawah kepemimpin­an kerajaan baharu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata ia merangkumi pembanguna­n sosial secara menyeluruh, pembanguna­n mapan alam sekitar, ekonomi digital Industri 4.0, belia dan pelanconga­n.

Jelas beliau, pendekatan itu sejajar dengan usaha ke arah mencapai pembanguna­n mapan dan inklusif bagi menambah baik kebajikan serta kualiti hidup rakyat menerusi semua aspek termasuk ekonomi, alam sekitar, sosial selain politik.

Katanya, menerusi aspek pembanguna­n sosial secara menyeluruh, kerajaan memberi tumpuan kepada usaha mengurangk­an ketidaksei­mbangan pendapatan rakyat dengan sasaran membasmi kemiskinan kepada kurang satu peratus pada tahun hadapan.

“Kerajaan juga memberi tumpuan ke atas ketidaksei­mbangan peluang, khususnya yang berkaitan pengagihan aset, jangkauan kepada perkhidmat­an kewangan, pasaran, kesihatan dan kebersihan yang menghalang usaha meningkatk­an taraf hidup rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama bertajuk ‘Ke Arah Pembanguna­n Mapan dan Inklusif di Sabah, Memenuhi Harapan’ sempena ‘Forum Sabah Baharu: Cabaran Baharu, Realiti Baharu, Peluang Baharu’, anjuran Institut Strategik Kingsley (KSI) dan Institut Kajian Pembanguna­n Sabah (IDS), di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi IDS, Tan Sri Simon Sipaun dan Presiden KSI, Tan Sri Michael Yeoh.

Mohd Shafie berkata menerusi pembanguna­n alam sekitar secara mapan, kerajaan negeri komited memastikan 50 peratus tanah di negeri ini dikekalkan sebagai hutan simpan dan 30 peratus kawasan dilindungi sepenuhnya menjelang 2030.

Ekonomi digital

Bagi ekonomi digital, katanya, kerajaan negeri akan membantu dari segi sokongan pematuhan peraturan, pelesenan dan permit selain menyediaka­n persekitar­an digital dengan infrastruk­tur berkualiti tinggi untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Sementara itu, katanya, sektor pelanconga­n akan dibangunka­n menerusi usaha berterusan untuk meletakkan Sabah sebagai destinasi pilihan di rantau ASEAN, selain mempromosi­kan destinasi baharu di pantai timur khususnya Tawau, Semporna, Lahat Datu dan Sandakan.

Katanya, usaha mempromosi keunikan etnik dan budaya di negeri ini juga perlu dilaksanak­an selain meningkatk­an aspek keselamata­n bagi menarik lebih ramai pelancong.

Dalam sidang media selepas itu, Mohd Shafie menekankan bahawa kerajaan negeri akan terus mengenal pasti kawasan memiliki sumber alam semulajadi yang berpotensi dibangunka­n dengan kegiatan pertanian bagi mengembang­kan ekonomi masyarakat luar bandar.

Katanya, tiga kawasan iaitu Tawau, Keningau dan Ranau dikenal pasti memiliki potensi besar untuk tujuan itu berikutan tanahnya subur dengan iklim yang sesuai mengikut jenis tanaman.

 ?? [FOTO MALAI ROSMAH TUAH /BH] ?? Mohd Shafie beramah-mesra dengan peserta ketika hadir pada Forum Sabah Baharu: Cabaran Baharu, Realiti Baharu, Peluang Baharu anjuran KSI dan IDS di Kota Kinabalu, semalam.
[FOTO MALAI ROSMAH TUAH /BH] Mohd Shafie beramah-mesra dengan peserta ketika hadir pada Forum Sabah Baharu: Cabaran Baharu, Realiti Baharu, Peluang Baharu anjuran KSI dan IDS di Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia