Berita Harian

13 sekolah terjejas banjir kilat di Sarawak

-

Kuching: Banjir kilat yang melanda beberapa bahagian negeri ini sejak awal Jun hingga Khamis lalu, menjejaska­n pembelajar­an 1,258 murid, guru dan kakitangan di 13 sekolah rendah di sini.

Setiausaha Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, Ismail Mahedin, berkata sekolah paling banyak terjejas akibat banjir kilat ialah di daerah Baram, di utara negeri ini.

“Sebanyak tujuh sekolah di Baram ditenggela­mi air akibat bencana alam itu dan selebihnya di Belaga, Kapit, Lawas, Limbang, Selangau serta Simunjan.

“Daripada 13 sekolah yang dilanda banjir kilat, sebuah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Buloh di Selangau terpaksa ditutup sesi persekolah­an pada 13 Jun lalu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, antara sekolah yang terjejas ialah SK Ng Ibun di Kapit, SK Long Busang (Belaga), SK Ukong (Limbang), SK Ulu Merapok (Lawas) dan SK Muding (Simunjan).

“Tujuh sekolah terjejas di Baram ialah SK Pengarah Enteri, SK Penghulu Baya Mallang, SK Long Sobeng, SK Sg Bong, SK Kuala Bok, SK Long Bemang dan SK Benawa,” katanya.

Beliau berkata, kebanyakan sekolah yang terjejas akibat banjir kilat terletak di kawasan rendah dan sering dilanda banjir setiap tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia