Berita Harian

3,000 penduduk Piasau dibekal air bawah tanah

-

Kota Kinabalu: Kira-kira 3,000 penduduk Kampung Piasau, Kota Belud, dekat sini, bakal mendapat bekalan air berikutan pembinaan telaga dan Sistem Penapisan Air Bawah Tanah Ringkas (SPATR) di kampung berkenaan.

Projek yang dibiayai sepenuhnya Kerajaan Persekutua­n melalui Jabatan Mineral dan Geosains, Sabah, dijangka akan dirasmikan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, di Dewan Kampung Piasau, pada Sabtu ini.

Kos RM60,000

Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Sabah, Mohd Yusop Ramli, berkata telaga itu dibina pada September tahun lalu, manakala sistem penapisan SPATR siap sepenuhnya pada Mac lalu, dengan anggaran kos RM60,000.

“Kos ini termasuk pembiayaan kajian potensi sumber air tanah, pembinaan telaga dan pemasangan sistem penapisan SPATR.

“Selain di Kota Belud, Jabatan Mineral dan Geosains Sabah turut melaksanak­an dan menyiapkan projek seumpama ini di Kampung Pompodon, Kota Marudu, pada tahun lalu,” katanya dalam kenyataann­ya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia