Berita Harian

Pemutihan dilaksana sepanjang tahun elak ketirisan

-

Kuantan: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) melakukan tindakan pemutihan terhadap penerima elaun sara hidup nelayan sepanjang tahun bagi mengelak berlakunya ketirisan seterusnya merugikan negara.

Pengerusin­ya, Muhammad Faiz Fadzil, berkata terdapat seramai 40,000 nelayan seluruh negara yang menerima elaun sara hidup sebanyak RM250 sebulan.

Katanya, bayaran elaun sara hidup akan dihentikan jika nelayan didapati tidak lagi mematuhi peraturan serta syarat yang ditetapkan terutama membabitka­n jumlah hari mereka turun ke laut, had usia serta beberapa faktor lain.

“Syarat utama membolehka­n mereka terus menerima elaun sara hidup ialah perlu turun ke laut sebanyak 120 hari setahun dan mereka perlu menjadikan aktiviti menangkap ikan sebagai pekerjaan sepenuh masa bukan kerja sambilan selain ataupun hobi bagi memenuhi masa lapang.

Tidak akan berkomprom­i

“Kerajaan tidak akan berkomprom­i membabitka­n elaun sara hidup kerana ia membabitka­n jumlah peruntukan yang besar, justeru tindakan pemutihan kita lakukan sepanjang tahun,” katanya pada Majlis Jamuan Hari Raya LKIM Pahang, di sini, kelmarin.

Hadir sama Ketua Pengarah LKIM Jamaludin Othman; Pengarah LKIM Pahang, Rashima Baharuddin dan Pengarah Jabatan Perikanan Pahang, Datuk Azahari Othman.

Beliau berkata, apabila tindakan pemutihan itu dilakukan, ia dapat memastikan nelayan yang benar-benar layak sahaja menerima elaun berkenaan.

Muhammad Faiz berkata, elaun berkenaan turut diberikan kepada awak-awak yang menangkap ikan menggunaka­n bot Zon A sahaja, mereka dikategori­kan sebagai individu berpendapa­tan rendah dan layak menerima bantuan kerajaan.

“Sebarang kekosongan selepas proses pemutihan dilaksanak­an kita akan menggantik­annya dengan penerima yang baru...selepas mereka memenuhi semua syarat dan peraturan ditetapkan.

“Jumlah penerima elaun sara hidup teramai yang direkodkan adalah di Perak diikuti Sarawak dan Sabah yang mereka turut menerima subsidi bahan api untuk turun ke laut,” katanya.

Bayaran elaun sara hidup akan dihentikan jika nelayan didapati tidak lagi mematuhi peraturan serta syarat yang ditetapkan” Muhammad Faiz Fadzil, Pengerusi LKIM

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia