Berita Harian

Kerajaan buru, kenakan tindakan tegas dalang insiden

Dr Mahathir dukacita, kesal kejadian tak patut berulang

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim

Insiden pencemaran udara di Pasir Gudang, Johor, tidak sepatutnya berulang kerana kejadian serupa membabitka­n bahan toksik pernah melanda kawasan sama di Sungai Kim Kim, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sehubungan itu, Perdana Menteri

menegaskan, kerajaan akan memburu dalang di sebalik insiden terbaru itu dan mengenakan tindakan undang-undang keras terhadap mereka.

Pemilik tak prihatin

“Ini amat mendukacit­akan, sepatutnya selepas insiden yang dulu, ia tidak berlaku lagi. Tapi kita nampak bahawa ada industri yang tidak begitu prihatin terhadap keselamata­n, sebab itu kita perlu kenal pasti siapa yang mencemarka­n persekitar­an di situ.

“Kita akan ambil tindakan yang keras terhadap mereka,” katanya selepas menyampaik­an ucaptama bertajuk ‘Malaysia Baharu Dalam Perubahan Pemerintah­an Serantau’ sempena Meja Bulat Asia-pasifik Ke-33 di sini, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah; Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong dan Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Insiden pencemaran udara itu bermula Khamis lalu apabila 14 pelajar dan dua orang dewasa dari Sekolah Agama Taman Mawar (SATM), serta 13 lagi murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Gudang 4, mengalami sesak nafas, loya dan muntah.

Kejadian itu menyusul hanya kira-kira tiga bulan selepas kawasan sepanjang 1.5 kilometer di Sungai Kim Kim tercemar, akibat pembuangan sisa toksik yang menjejaska­n hampir 6,000 penduduk.

Selepas puluhan lagi pelajar di beberapa sekolah mengalami sesak nafas, loya dan muntah, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Azman Adnan, mengarahka­n semua institusi pendidikan di kawasan Pasir Gudang ditutup mulai semalam hingga esok, bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Beliau turut mengarahka­n semua pengetua dan guru besar supaya memaklumka­n berita penutupan itu dengan segera kepada murid, guru, ibu bapa serta kakitangan dalam kawalan mereka, selain mengambil tindakan susulan sewajarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia