Berita Harian

Kajian ambil alih lebuh raya dikemuka kepada Kabinet

Jemaah menteri buat keputusan cadangan perunding bebas beberapa minggu lagi

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim

Laporan kajian dan syor berhubung cadangan pengambila­lihan lebuh raya sudah dikemukaka­n kepada Kabinet untuk tindakan lanjut.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian, berkata jemaah menteri akan membuat keputusan dan pengumuman berhubung kajian dan syor yang dibuat perunding bebas bertauliah itu beberapa minggu lagi.

“Kita sudah meneliti hasil kajian yang mengandung­i ulasan dan cadangan berkenaan sebelum menyerahka­nnya kepada

Menteri Kerja Raya Kabinet untuk tindakan susulan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaa­n di tapak pembinaan bersama Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta beberapa agensi lain di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif CIDB, Datuk Ir Ahmad Asri Abdul Hamid.

Tawaran RM6.2B

Sabtu lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, dalam satu kenyataan mengumumka­n sudah memberi surat tawaran rasmi kepada empat syarikat konsesi lebuh raya dengan harga enterprise value atau nilai wajar perusahaan berjumlah RM6.2 bilion.

Empat lebuh raya bertol terbabit adalah Lebuhraya Damansara-puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Terowong SMART (SMART).

Jika proses pengambila­lihan lebuh raya itu berjalan lancar, kerajaan melalui sebuah syarikat tujuan khas (SPV), anak syarikat Menteri Kewangan Diperbadan­kan (MKD) akan mengambil alih lebuh raya terbabit.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan pengamal media veteran, Datuk A Kadir Jasin, berkata kerajaan perlu meneliti cadangan pembelian aset lebuh raya Gamuda Bhd.

Menulis dalam akaun Facebookny­a, Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri itu mengambil perhatian bahawa Gamuda merancang untuk menjual aset lebuh raya bertolnya di Lembah Klang kepada kerajaan bagi RM6.2 bilion untuk baki tempoh konsesi.

Urus niaga menang-menang

“Ada yang mengatakan ia urus niaga menang-menang, yang lain tidak begitu yakin. Kalangan yang tidak begitu yakin mengatakan adalah lebih murah untuk membayar pampasan kepada Gamuda bagi tiada kutipan tol daripada membeli empat lebuh raya itu, yang amaunnya kurang daripada harga pembelian yang dicadangka­n,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia