Berita Harian

Permohonan Rosmah tak hadir prosiding ditolak

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Sesyen di sini, semalam, menolak permohonan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor supaya dibenarkan untuk tidak menghadiri pengurusan kes jenayah yang dihadapiny­a pada 24 Julai ini.

Hakim, Azura Alwi, membuat keputusan itu selepas peguam bela Datuk Akberdin Abdul Kadir, memohon mahkamah memberi pengecuali­an itu kepada anak guamnya yang didakwa atas tuduhan rasuah projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar untuk sekolah luar bandar di Sarawak, tiga tahun lalu.

Pindah kes ke Mahkamah Tinggi

Azura berkata, mahkamah memerlukan kehadiran Rosmah kerana ia membabitka­n pemindahan kes (Rosmah) ke peringkat Mahkamah Tinggi.

“Pertimbang­an boleh diberi sekiranya permohonan untuk pengurusan kes bagi pertukaran dokumen antara peguam, tetapi bukan pemindahan kes,” katanya.

Terdahulu, Akberdin berkata, pihaknya memohon pengecuali­an itu berikutan pengurusan kes hanya perkara membabitka­n formaliti.

“Pengurusan kes itu hanya soal formaliti. Tarikh itu hanya untuk keputusan pemindahan kes ke Mahkamah Tinggi. Ini soal formaliti dalaman,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farizul Hassan Bakri memberitah­u mahkamah, permohonan pemindahan kes akan didengar di Mahkamah Tinggi Jumaat ini.

Azura turut memerintah­kan kedua-dua pihak memaklumka­n lebih lanjut berhubung permohonan itu di mahkamahny­a.

Pada 10 April lalu, Rosmah, 68, didakwa satu lagi pertuduhan rasuah membabitka­n projek itu.

Beliau didakwa menerima RM5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin, menerusi bekas pembantuny­a, Rizal Mansor.

Bagaimanap­un, Rosmah mengaku tidak bersalah dan minta dibicaraka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia