Berita Harian

PPD Johor Bahru mulakan siasatan

Penyebaran berkaitan kes perlu dihenti demi jaga imej guru, murid

-

Siasatan berhubung insiden seorang pelajar perempuan di Johor Bahru, Johor, dirotan guru selepas didakwa mengeluark­an perkataan biadap yang tersebar sejak semalam sudah dimulakan.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata beliau sudah menerima laporan kejadian seorang guru merotan murid perempuan kerana menegur beliau dengan ayat ‘ah qua lao shi’ (cikgu pondan) ketika guru itu lalu di koridor tanpa sebab.

Menurut laporan BERNAMA, Maszlee yang mengambil maklum kejadian itu, sudah mengarahka­n Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru menjalanka­n siasatan supaya keadilan dapat diberikan kepada kedua pihak.

“Siasatan telah mula dijalankan dan PPD juga akan mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa murid berkenaan,” katanya dalam kenyataan semalam berhubung insiden itu.

Beliau berkata, penyebaran video dan gambar berkaitan kes itu perlu dihentikan demi menjaga imej guru dan murid terbabit serta memberi ruang kepada PPD Johor Bahru dan pihak terbabit untuk menjalanka­n

tugas siasatan sebaik mungkin.

“Kementeria­n Pendidikan positif perkara ini dapat diselesaik­an dalam masa terdekat, mengikut tatacara dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang bersesuaia­n,” katanya.

Tolak kekerasan

Dalam masa yang sama, beliau menegaskan bahawa sebarang bentuk kekerasan ke atas murid haruslah ditolak sama sekali.

Di Nibong Tebal, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, berkata guru terbabit sudah diarah hadir ke PPD Johor Baharu untuk proses soal siasat berhubung kes itu.

Katanya, hasil soal siasat akan dimaklumka­n kepada kementeria­n selepas prosesnya selesai.

“Sesi soal siasat ke atas guru tetap dijalankan PPD Johor Bahru selepas pihak polis menyaranka­n supaya keseluruha­n proses terbabit dikendalik­an Jabatan Pendidikan negeri.

“Setakat ini, kami difahamkan keluarga murid terbabit tidak menarik balik laporan polis yang dibuat. Bagaimanap­un, sebarang perkembang­an lanjut akan dimaklumka­n kemudian,” katanya di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Nie Ching berkata, tindakan merotan murid perempuan adalah dilarang dan perkara itu sudah dinyatakan dalam Peraturan 5 Ordinan Pelajaran 1957 dan Pekeliling Iktisas dikeluarka­n Kementeria­n Pendidikan pada 2003.

“Peraturan itu jelas menyatakan kuasa diberikan kepada guru besar atau guru diberi kuasa untuk merotan pelajar lelaki saja bagi kesalahan serius atau atau kesalahan sederhana berat yang berulang tiga kali.

Kementeria­n Pendidikan positif perkara ini dapat diselesaik­an dalam masa terdekat” Maszlee Malik, Menteri Pendidikan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia