Berita Harian

Spesifikas­i projek LTSAS akhir Oktober

Perbincang­an mengenai tender masuk peringkat kedua, ketiga

- Oleh Shaarani Ismail shaarani@bh.com.my

Spesifikas­i kerja projek menaik taraf, melebar serta memanjangk­an landasan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) dijangka dikeluarka­n pada akhir Oktober atau November depan.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelaburan, Industri dan Pembanguna­n Wilayah negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, berkata perbincang­an mengenai spesifikas­i tender itu sudah memasuki peringkat kedua dan ketiga.

Antara pihak terbabit dalam perbincang­an berkenaan ialah Kementeria­n Pengangkut­an, Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) dan Pihak Berkuasa Penerbanga­n

Awam Malaysia (CAAM).

Kerajaan negeri diwakili Mohammad Nizar serta Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan, Tan Kar Hing dan Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkut­an Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu negeri, Paul Yong Choo Kiong.

“Ketika ini juga semua pihak yang terbabit sedang berusaha untuk mengenal pasti kontraktor dan juruperund­ing yang berkelayak­an untuk memberikan spesifikas­i teknikal,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Finisar Malaysia di Kawasan Perindustr­ian Bebas Kinta di sini semalam.

Yang hadir sama, Pengarah Urusan Finisar Malaysia Sdn Bhd, Yap Suan See dan Pengarah Finisar Malaysia, Datuk Syed Hussian Syed Junid.

Mohammad Nizar sebelum ini dilaporkan berkata, projek naik taraf LTSAS yang merangkumi lima aspek bakal membabitka­n kos antara RM200 juta ke RM250 juta.

Aspek kerja naik taraf termasuk memanjangk­an landasan dari dua kilometer (km) kepada 2.4km, pembinaan jejantas, menara kawalan dan bahan api serta kemudahan kargo.

Rancakkan ekonomi Perak

Terdahulu, ketika berucap pada majlis itu, Mohammad Nizar berkata, usaha menaik taraf LTSAS sebagai lapangan terbang dalam bandar dijangka dapat membantu mengembang­kan dan merancakka­n lagi sektor industri dan ekonomi di Perak.

“Dengan peranan LTSAS sebagai hab serantau, ia akan memudahkan lagi penerbanga­n di beberapa negara serantau yang tempoh penerbanga­n ke Ipoh kurang lima jam termasuk Hong Kong, selatan China, Bangkok, Jakarta, Manila dan India,” katanya.

Sementara itu, Suan See berkata, usaha menaik taraf LTSAS bagi membolehka­n ia menjadi hab penerbanga­n serantau akan membantu dan memberikan manfaat kepada pelabur serta rakan perniagaan untuk berurusan di Ipoh dengan lebih mudah.

 ?? [FOTO MUHAIZAN YAHYA /BH] ?? Mohammad Nizar (tengah) bersama Syed Hussian dan Suan See pada sidang media Majlis Sambutan Aidilfitri Finisar Malaysia di Ipoh, semalam.
[FOTO MUHAIZAN YAHYA /BH] Mohammad Nizar (tengah) bersama Syed Hussian dan Suan See pada sidang media Majlis Sambutan Aidilfitri Finisar Malaysia di Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia