Berita Harian

Empat buruh Myanmar dikhuatiri tertimbus

Mangsa ditimpa runtuhan ketika bina tembok penahan tanah

- Oleh Muhammad Yusri Muzamir

Empat buruh warga Myanmar dikhuatiri tertimbus dalam tanah runtuh di tapak pembinaan di Jalan Batu Ferringhi di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.30 malam, semua mangsa dikatakan tertimbus di bawah tembok penahan tanah di pekarangan sebuah hotel di situ. Mangsa pertama ditemui jam 11.15 malam.

Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Raya, Tebatan Banjir dan Utiliti negeri, Zairil Khir Johari, berkata ketika kejadian mangsa dikatakan

sedang membina tembok penahan berkenaan, sebelum struktur itu runtuh.

Lokasi pencarian dibahagi kepada dua zon

“Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri sedang giat mencari mangsa secara manual,” katanya dalam kenyataan ringkas di sini, malam tadi.

Sementara itu, Pengarah Bomba Pulau Pinang, Saadon Mokhtar, berkata lokasi mangsa tertimbus sudah dikenal pasti di kawasan seluas 50 meter persegi dengan anggaran kedalaman 4.5 meter dan lokasi pencarian dibahagika­n kepada dua zon.

Sebelum ini pada 21 Oktober 2017, seramai 11 pekerja binaan, termasuk seorang penyelia warga tempatan maut dalam tanah runtuh di tapak pembinaan rumah mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini.

Pada September 2017, sebanyak enam kenderaan milik penduduk rosak selepas berlaku tanah runtuh di Pangsapuri Kayangan Puri Mutiara, Tanjung Bungah.

Pada Jun 2017, tembok penahan tanah di Jalan Bagan Jermal, Mount Erskine runtuh dan menimpa bahagian belakang rumah seorang penduduk, manakala tiga kereta rosak teruk tertimbus dalam kejadian tebing runtuh di Jalan Bunga Cempaka, Tanjung Bungah.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri sedang giat mencari mangsa secara manual” Zairil Khir Johari, Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Raya, Tebatan Banjir dan Utiliti Pulau Pinang

 ?? [FOTO DANIAL SAAD /BH] ?? Pasukan penyelamat mencari mangsa yang dikhuatiri tertimbus di tapak pembinaan Jalan Batu Ferringhi, malam tadi.
[FOTO DANIAL SAAD /BH] Pasukan penyelamat mencari mangsa yang dikhuatiri tertimbus di tapak pembinaan Jalan Batu Ferringhi, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia