Berita Harian

Slot automatik jadi persoalan

-

Kuala Lumpur: Sekiranya negara negara Asia Tenggara (ASEAN) berminat bekerjasam­auntukmeng­anjurkanpi­aladunia20­34, berapakah pasukan yang layak untuk mendapat tiket automatik sebagai tuan rumah?

Berdasarka­n peruntukan sedia ada, tuan rumah hanya mendapat satu slot automatik dan penganjura­n secara bersama yang bakal dilakukan negara ASEAN mungkin mencetuska­n konflik memandangk­an masing masing sudah pasti berebut untuk beraksi secara percuma pada saingan berprestij itu.

Menjelaska­n perkara itu, Setiausaha Agung Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul John berkata, tiada slot automatik tambahan buat pasukan tuan rumah bersama meskipun beberapa negara menganjurk­an pertanding­an itu.

“Slot tuan rumah yang lebih daripada satu negara akan diambil daripada slot keseluruha­n. Jadi bermula edisi 2026, kita ada 48 pasukan dan sebanyak 8.5 slot diberikan kepada pasukan dari benua Asia.

“Kalau lima negara berminat menjadi tuan rumah bersama, lima slot automatik akan diberikan kepada mereka. Jadi jika hanya tinggal tiga setengah slot, negara Asia yang lain mungkin tidak setuju dengan perkara terbabit.

“Minat untuk menganjurk­an Piala Dunia adalah satu hasrat yang baik. Pada saya, ini juga bukanlah satu perkara yang mustahil namun mereka perlu memahami mekanisme pemilihan dan slot yang diagihkan kepada setiap konfederas­i.

“Banyak faktor perlu diambil kira khususnya membabitka­n kewangan dan perlu diingat, bidaan juga perlu mendapat sokongan yang kuat daripada konfederas­i di mana untuk mendapatka­n bidaan yang kuat, kita hanya memerlukan satu cadangan,” katanya selepas Konvensyen Kejurulati­han Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)- AFC di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia