Berita Harian

ZAHID DIDAKWA TERIMA RM47 JUTA

Presiden UMNO didakwa kali keempat atas 7 pertuduhan rasuah

-

Nilai keseluruha­n 40 kes rasuah membabitka­n bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam dan Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini sebanyak RM47 juta Zahid hadapi 7 tuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam dan 33 pertuduhan lagi di Mahkamah Shah Alam, hari ini. Semua transaksi dilakukan dalam mata wang Singapura

Ahmad Johari Mohd Ali,

Siti Nurazlinee Azmi, Farah Marshita Abdul Patah dan Mohd Abdul Illah Hafiz Abdul Aziz

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi didakwa lagi buat kali keempat di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tujuh pertuduhan menerima rasuah.

Ahmad Zahid, 66, mengaku tidak bersalah atas tuduhan menerima suapan lebih S$4.2 juta (1 dolar Singapura kira-kira RM3.05) bagi melanjutka­n kontrak syarikat pengendali One Stop Center (OSC) di China dan Sistem Visa Luar Negara (VLN), dua tahun lalu.

Ahmad Zahid mohon dibicara

Sebaik pertuduhan dibacakan satu persatu oleh jurubahasa di hadapan Hakim Azura Alwi, bekas Timbalan Perdana Menteri itu memohon kesnya dibicaraka­n.

Pada prosiding yang bermula jam 9.15 pagi itu, Ahmad Zahid yang hadir ke mahkamah dengan memakai kemeja batik dan seluar hitam, ditemani anak perempuann­ya, Datuk Nurulhiday­ah dan menantu, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff.

Yang turut dilihat hadir ialah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai Menteri Dalam Negeri di Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) menerima suapan daripada Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd, iaitu wang tunai berjumlah keseluruha­n S$4,240,000.

Tindakan itu sebagai dorongan melanjutka­n kontrak syarikat berkenaan sebagai Pengendali Perkhidmat­an One Stop Center (OSC) di negara China dan Sistem Visa Luar Negara (VLN) di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya, antara Mac 2017 dan Mac 2018.

Pendakwaan terhadapny­a dibuat mengikut Seksyen 16(a)(b) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana lebih tinggi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Mukhzany Fariz menawarkan ikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Bagaimanap­un, peguam Kitson Foong yang mewakili Ahmad Zahid tidak membantah jaminan itu, memberitah­u mahkamah pasport anak guamnya sudah berada dalam simpanan mahkamah.

Mahkamah kemudian membenarka­n Ahmad Zahid diikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 31 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Pendedahan Harian Metro

Penyelewen­gan membabitka­n syarikat terbabit mula didedahkan Harian Metro melalui laporan eksklusif bertajuk ‘Beruk Boleh Mohon’ pada 14 November 2018 yang mana wartawan akhbar itu ke Guangzhou, China, bagi melihat operasi dilakukan syarikat terbabit.

Laporan itu mendedahka­n, sejak ENTRI diperkenal­kan pada Mac 2016 hingga September 2018, syarikat terbabit dipercayai sudah mengutip lebih RMB329,337,280 (RM198,066,952) membabitka­n kelulusan permohonan kepada 2,058,358 orang, namun tapisan keselamata­n dikatakan dilakukan amat lemah, sehinggaka­n kelulusan diberikan kepada seekor beruk yang diberikan identiti palsu.

Syarikat itu juga dikatakan diberi hak memungut fi, iaitu RMB160 atau RM100 untuk satu permohonan tanpa sedikitpun menjadi hasil kerajaan.

Dengan tujuh tuduhan baharu yang dihadapi Ahmad Zahid semalam, ia menjadikan semua 54 tuduhan rasuah dihadapi bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Sebelum ini, pada 19 Oktober dan 14 Disember 2018 serta 20 Februari lalu, Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap 47 pertuduhan, dengan 12 pertuduhan daripadany­a membabitka­n pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitka­n puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Kesnya kemudian dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi dan mahkamah itu menetapkan 18 November hingga 22 November, 2 Disember hingga 6 Disember dan 9 Disember hingga 13 Disember ini untuk perbicaraa­n.

 ?? [ FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/ BH ] ??
[ FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/ BH ]
 ?? [FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH] ?? Ahmad Zahid tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH] Ahmad Zahid tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia