Berita Harian

Beberapa lagi entiti dikenal pasti

Keseluruha­n transaksi dalam mata wang Singapura dikesan SPRM

- Oleh Ilah Hafiz Aziz

Nilai keseluruha­n 40 kes rasuah membabitka­n bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam, dan Mahkamah Shah Alam, hari ini, ialah RM47 juta.

Keseluruha­n transaksi itu dilakukan

dalam mata wang Singapura, dikesan ketika siasatan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes rasuah membabitka­n Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Pastikan kes berjalan sempurna

Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Latheefa Koya, berkata pertuduhan terhadap Ahmad Zahid semalam adalah kes rasuah yang luar biasa kerana membabitka­n pemimpin dan pegawai kanan tertinggi kerajaan serta kepentinga­n awam.

Berikutan itu, katanya, kehadiran beliau dan beberapa pegawai kanan, termasuk Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki perlu untuk memastikan pertuduhan kes berjalan dengan sempurna.

“Dalam pertuduhan ini membabitka­n sejumlah wang yang besar, iaitu bermula S$300,000 hingga S$1 juta.

“Di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membabitka­n tujuh pendakwaan dan 33 pertuduhan lagi di Mahkamah Shah Alam dengan transaksi sama. Nilai bagi keseluruha­n kes adalah sebanyak RM47 juta,” katanya ketika ditemui pemberita di bangunan Mahkamah Kuala Lumpur, semalam.

Ditanya mengenai pendakwaan itu, Latheefa berkata, akan ada beberapa saksi penting dipanggil di mahkamah bagi membuktika­n kes berkenaan.

“Kita tidak boleh menjangkak­an apa-apa biarlah mahkamah yang putuskan,” katanya.

Mengulas sistem visa dan Jabatan Imigresen yang dikaitkan dengan kes itu, Latheefa berkata, ia adalah mengenai dasar kerajaan dan hanya kerajaan sahaja akan Ketua Pesuruhjay­a SPRM menentukan perkara itu.

“Tetapi sudah tentu ada loophole (kelompanga­n) yang dikesan dan SPRM akan lakukan sesuatu. tetapi apa pun kami akan serahkan ia kepada kerajaan,” katanya.

Hantar laporan penuh

Sementara itu, mengulas perkara sama, Azam menyatakan, Bahagian Perundinga­n SPRM akan menghantar laporan penuh kepada Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) yang menyatakan apa saja kelemahan prosedur dalam sistem berkenaan.

“Kami serahkan kepada pihak menteri untuk meneliti dan mengambil tindakan sewajarnya berhubung apa saja kelemahan yang wujud.

“Pegawai (Imigresen) yang terbabit juga akan dipanggil SPRM berhubung kes ini,” katanya.

 ??  ??
 ?? [FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH] ?? Latheefa bersama Azam keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas pendakwaan Zahid, semalam.
[FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH] Latheefa bersama Azam keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas pendakwaan Zahid, semalam.
 ??  ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia