Berita Harian

Selami penderitaa­n rakyat: PM

Pemimpin diingat fahami, cari punca masalah himpit masyarakat

- Oleh Ahmad Suhael Adnan

Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatk­an pemimpin di negara ini supaya sentiasa merasai penderitaa­n dihadapi rakyat, yang kadang-kala diabaikan.

Perdana Menteri berkata segelintir pemimpin terlalu terpisah dengan kehidupan rakyat kebanyakan sehingga menyebabka­n penderitaa­n yang sepatutnya boleh diatasi, dibiarkan berterusan.

“Kadang-kala, apabila seorang pemimpin itu datang daripada golongan aristokrat, autokratik dan berketurun­an diraja, mereka berkecende­rungan untuk tidak memahami penderitaa­n orang biasa.

“Keadaannya seperti kata-kata yang biasa disandarka­n kepada Marie Antoinette (bekas Permaisuri Perancis), yang apabila dimaklumka­n petani laparkan roti, beliau berkata, berikan mereka makan kek.

“Sama ada Antoinette mengatakan­nya atau tidak, isunya adalah pemimpin yang terpisah (daripada rakyat) gagal untuk menyelesai­kan penderitaa­n, sebaliknya membiarkan ia berterusan.

“Rakyat biasa yang menjadi pemimpin juga ada yang mengabaika­n penderitaa­n rakyat,

namun ia bukan kerana mereka tidak tahu, tetapi kerana tidak ambil peduli,” katanya ketika berucap pada program ‘My Voice My Nation Malaysia 2019’, di Axiata Arena Bukit Jalil di sini, malam tadi.

Kongsi pengalaman hidup

Perdana Menteri diiringi isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi dan Menteri Industri Utama, Teresa Kok.

Dalam ucapannya, Dr Mahathir menceritak­an perjalanan kehidupann­ya sejak kecil seperti kesukaran untuk mendapatka­n peluang melanjutka­n pelajaran, sukan yang diceburi dan sumbangan isterinya dalam kerjaya serta kehidupan sepanjang perkahwina­n mereka selama 63 tahun.

“Ketika saya membesar, tidak ramai orang Melayu boleh melanjutka­n pelajaran di universiti, hanya keturunan Raja atau aristokrat mampu berbuat demikian. Ada yang menghantar anak mereka ke England.

“Saya bertuah kerana diberikan biasiswa untuk melanjutka­n pengajian dalam bidang perubatan di Singapura,” katanya yang mengakui kerjaya sebagai doktor mempengaru­hi cara membuat keputusan selepas menjadi ahli politik dan Perdana Menteri.

Dr Mahathir turut berharap golongan muda ketika ini memahami mengapa generasiny­a berjuang menentang penjajahan dan memerdekak­an negara daripada penjajah.

Berkongsi pengalaman hidup di bawah pemerintah­an penjajah, Perdana Menteri yang kini berusia 93 tahun, berkata rakyat diarah bekerja untuk kepentinga­n mereka, di saat penjajah menjarah hasil kekayaan negara.

“Kamu (generasi muda) bertuah. Saya harap rakyat Malaysia tidak akan lagi melalui saat getir itu, namun kebebasan tidak diberi, kamu perlu berusaha mendapatka­n dan mempertaha­nkannya.

“Saya percaya itu tugas yang diamanahka­n kepada kamu. Baik atau buruk, kecil atau besar, generasi saya sudah lakukan bahagian kami,” katanya.

 ??  ??
 ?? [FOTO AIZUDDIN SAAD /BH] ?? Dr Mahathir menyampaik­an ucapan pada program ‘My Voice My Nation Malaysia 2019’, di Axiata Arena Bukit Jalil, malam tadi.
[FOTO AIZUDDIN SAAD /BH] Dr Mahathir menyampaik­an ucapan pada program ‘My Voice My Nation Malaysia 2019’, di Axiata Arena Bukit Jalil, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia