Berita Harian

Dua pusat ILC perkasa golongan OKU

-

Putrajaya: Dua pusat Independen­t Living Centre (ILC) akan ditubuhkan pada tahun ini sebagai inisiatif terbaru kerajaan dalam memperkasa golongan orang kurang upaya (OKU), kata Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Pada masa sama menurut kementeria­n itu, pusat berkenaan juga akan berfungsi untuk melakukan proses pengupayaa­n dalam masyarakat.

Menurut laporan BERNAMA, inisiatif itu dinyatakan dalam kenyataan KPWKM yang dikeluarka­n semalam sempena sesi dialog antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersama 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) OKU kebangsaan dan 70 NGO OKU negeri di sini, kelmarin.

Ketahui permasalah­an

Menurut kenyataan itu, dialog berkenaan diadakan untuk mengetahui permasalah­an yang dihadapi OKU serta mendapatka­n input berkaitan perancanga­n dan pembanguna­n OKU untuk Rancangan Malaysia Ke 12 (RMKE-12).

Antara yang dibincangk­an ialah isu aksesibili­ti, penguatkua­saan tegas terhadap penyalahgu­naan parkir OKU, peluang pendidikan kanak-kanak OKU, peluang pekerjaan kepada OKU, pindaan kepada Akta OKU 2008, peluang bersukan kepada OKU di sekolah, perumahan dan insurans.

Seramai 540,986 OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat 30 April lalu.

Sementara itu, Dr Wan Azizah berkata KPWKM akan memperhalu­si dan meneliti sebarang penambahba­ikan yang diperoleh sebahagian NGO yang mewakili kumpulan sasar melalui konsultasi input Bajet 2020.

Katanya, pihaknya akan sentiasa mengambil kira kepentinga­n setiap kumpulan sasar dalam apa juga dasar dan pelaksanaa­n program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia