Berita Harian

SPRM fail permohonan tambahan lucut harta

-

Kuala Lumpur: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, mengesahka­n beberapa entiti lain akan difailkan permohonan melucut hak bagi mendapatka­n semula wang 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) yang disalah guna.

Ketika ini, SPRM sudah memfailkan permohonan melucut hak terhadap 41 individu dan entiti, bagi tujuan mendapatka­n semula wang 1MDB yang disalah guna.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, berkata akan ada beberapa pihak lain yang dipanggil serta difailkan pelucutan hak, mengikut Seksyen 56 Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001.

“SPRM ketika ini dalam proses mendapatka­n kembali wang yang mahu dikembalik­an dan ada lagi yang akan diumumkan kemudian,” katanya.

Hantar laporan

Selain itu, katanya, SPRM juga akan menghantar dengan segera laporan, jika terdapat sebarang kelemahan dan kekurangan dalam sistem serta prosedur Sistem Visa Luar Negara (VLN) kepada Kementeria­n Dalam Negeri (KDN).

Katanya, pegawai beliau akan mengemukak­an laporan mengenai kelemahan untuk dikaji oleh kementeria­n dan tindakan lanjut berhubung perkara itu.

“Bahagian Pemeriksaa­n dan Konsultasi SPRM akan menghantar laporan secepat mungkin kepada Kementeria­n Dalam Negeri, bagi tindakan perlu berhubung dengan sebarang kelemahan dan kekurangan dalam sistem, prosedur berkenaan serta bagaimana sistem itu digunakan dalam kes ini,” katanya.

Mengenai perkara yang sama, Azam berkata, bukan semua pegawai dikatakan terbabit dalam kes itu akan dipanggil untuk disoal oleh SPRM, tetapi sesetengah akan dipanggil ke mahkamah sebagai saksi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia