Berita Harian

Mangsa nahas terkejut Agong beri bantuan

Seri Paduka luang masa lima minit bertanya khabar, tawar hantar ke hospital

-

“Mulanya saya ingatkan polis yang datang, rupa-rupanya Yang di-pertuan Agong,” kata Jasliza Jamil, mangsa kemalangan yang tular apabila Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah datang membantu beliau ketika kemalangan di Putrajaya semalam.

Pegawai Penerangan Suruhanjay­a Integriti Agensi Penguatkua­saan (EAIC) itu terbabit kemalangan di kawasan susur Persiaran Barat Lebuh Sentosa di sini pagi semalam ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Presint 2.

Jasliza berkata, kira-kira 10 minit selepas terbabit kemalangan, beliau ternampak kenderaan polis menghampir­i kawasan kemalangan, namun tidak menyangka ia kenderaan mengiringi Yang di-pertuan

Agong.

“Masa itu saya trauma dan masih duduk dalam kereta. Rakan sepejabat juga sudah sampai.

“Saya ingat polis datang, tetapi apabila saya nampak ada payung kuning dengan beberapa lelaki memakai songkok hitam dengan lilitan putih, baru saya tahu siapa yang datang,” katanya.

Jasliza, 38, berkata, Seri Paduka meluangkan masa kira-kira lima minit bertanyaka­n keadaannya dan menawarkan diri untuk membawa beliau ke hospital jika mengalami kecederaan.

Pegawai istana buat susulan

Ketika dihubungi kira-kira susulan 1 tengah hari, Jasliza berkata, beliau baru selesai membuat laporan polis dan mendapatka­n rawatan di klinik.

“Alhamdulil­lah semuanya dipermudah­kan. Pegawai istana juga menghubung­i saya bertanya jika ada lagi bantuan yang diperlukan.

“Kiranya tidak habis di tempat kejadian, pihak istana ada lagi membuat susulan selepas itu,” katanya.

Beberapa gambar Al-sultan Abdullah memberi bantuan kepada Jasliza yang memandu kenderaan PERODUA Alza merah itu tular di media sosial selepas dimuat naik di laman Instagram Istana Negara.

Berdasarka­n catatan hantaran itu, baginda turun dari kenderaan rasmi untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan sebelum meneruskan perjalanan ke mesyuarat pra-kabinet bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Istana Melawati, Putrajaya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hasan mengesahka­n menerima laporan kemalangan itu yang berlaku jam 7.20 pagi dalam keadaan cuaca hujan renyai.

Beliau berkata, kenderaan dipandu Jasliza yang dalam perjalanan dari Gombak ke pejabatnya di sini, hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar besi penghadang sebelum menaiki pembahagi jalan sebelah kanan.

Katanya, konvoi Al-sultan Abdullah kebetulan melalui lokasi kemalangan berhenti untuk melihat keadaan Jasliza.

 ?? [FOTO INSTAGRAM ISTANA NEGARA] ?? Al-sultan Abdullah keluar dari kenderaan rasmi untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan di Putrajaya, semalam.
[FOTO INSTAGRAM ISTANA NEGARA] Al-sultan Abdullah keluar dari kenderaan rasmi untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan di Putrajaya, semalam.
 ??  ?? Seri Paduka bertanya khabar Jasliza yang masih trauma dengan kemalangan.
Seri Paduka bertanya khabar Jasliza yang masih trauma dengan kemalangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia