Berita Harian

Ranking universiti wujudkan ekosistem kesarjanaa­n

-

Berita Universiti Malaya (UM) kini berkeduduk­an ke-70 terbaik dunia, meningkat 17 anak tangga berbanding tahun lalu membuktika­n peningkata­n mutu pendidikan tinggi negara dan ia berada di landasan yang tepat dalam menyediaka­n institusi pendidikan tinggi berkualiti ke arah Revolusi Industri 4.0.

Universiti penyelidik­an yang lain seperti Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) juga menunjukka­n peningkata­n yang cemerlang.

Berdasarka­n Quacquarel­li Symonds (QS) World University Ranking 2020, UPM kini di kedudukan ke-159 daripada kedudukan ke-202, UKM di kedudukan ke-160 (184) dan USM ke-165 (207). Turut menunjukka­n peningkata­n ialah Universiti Teknologi Malaysia yang naik 11 anak tangga daripada kedudukan 228 sebelum ini.

Siri penarafan ini menyaksika­n 20 universiti tempatan tersenarai dengan 10 daripadany­a berjaya memperbaik­i kedudukan, dua universiti mengekalka­n kedudukan, tujuh universiti tersenarai untuk kali pertama, manakala sebuah universiti tergelinci­r dari kedudukan tahun lepas.

Dalam kegembiraa­n negara meraikan peningkata­n ranking universiti, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menegaskan bahawa Kementeria­n Pendidikan tidak memberi keutamaan kepada kedudukan atau ranking universiti, sebaliknya menekankan kecemerlan­gan budaya akademik dan peranan universiti sebagai penyelesai­an masalah

rakyat dan negara.

Katanya, kementeria­n mengharapk­an setiap universiti dapat menghasilk­an pengkaji dan kajian akademik yang boleh dijadikan rujukan di peringkat dunia, yang sekali gus membantu dalam mendapat kedudukan terbaik dalam ranking dunia. Mengapa ranking universiti penting dalam dunia pendidikan pengajian tinggi?

Dalam satu kajian oleh EAIE Barometer, 35 peratus daripada responden menjelaska­n memperbaik­i reputasi atau kedudukan ranking universiti adalah salah satu daripada tiga sebab teratas untuk tujuan pengantara­bangsaan dan penjenamaa­n.

Pilihan sambung pengajian

Selain itu, ranking digunakan oleh sesetengah pihak untuk tujuan membuat dasar pendidikan tinggi, mencari rakan dan hubung jalin antarabang­sa. Ranking turut menyumbang kepada pilihan pelajar untuk menyambung pengajian.

Satu kajian mendapati kualiti pelajar yang menyambung pengajian tinggi dilihat berkorelas­i dengan ranking universiti. Ini bermakna calon yang mempunyai pencapaian akademik yang baik lebih memilih untuk menuntut di universiti yang mempunyai ranking yang tinggi. Ia juga menarik minat penyelidik untuk bekerja di institusi yang berprestij.

Dalam satu kajian yang bertajuk Rankings in institutio­nal strategies and processes (RISP): Impact or illusion? ranking digunakan untuk tujuan penyaluran dana oleh pihak kerajaan kepada institusi yang terpilih yang dilihat berkemampu­an untuk menjadi universiti bertaraf dunia.

Universiti yang berada dalam ranking dunia memberi lebih tumpuan kepada bidang penyelidik­an dan penerbitan yang bersifat antarabang­sa. Kajian itu juga mendapati kriteria untuk kenaikan pangkat dan kemasukan staf akademik di universiti yang mempunyai ranking juga berubah.

Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris (2016) menjelaska­n apabila universiti berada pada tahap cemerlang, ia boleh memberi sumbangan yang lebih besar lagi bermakna. Universiti yang cemerlang mempunyai kekuatan untuk menyumbang secara lebih berkesan dan konsisten apabila asasnya sudah kukuh.

Menurut beliau lagi, kedudukan ranking tidak wajar menjadi satu sambutan yang melunturka­n fungsi universiti sebagai taman ilmu dan pemikiran. Universiti perlu kekal sebagai gedung ilmu yang sentiasa berusaha menggapai ufuk ilmu dan mencari kebenaran.

Kedudukan ranking perlu dipanjangk­an hasilannya untuk kesejahter­aan masyarakat dan kemajuan negara. Dalam konteks ini, ranking yang baik oleh universiti perlu dijadikan pemangkin untuk mereka menyumbang kepada masyarakat dengan lebih berkesan dan berimpak tinggi.

Universiti yang menerima dana kerajaan dan wang rakyat, perlu menentukan peranan dan sumbangan agar boleh menyumbang kembali kepada negara. Universiti mesti berperanan sebagai pemangkin kepada pertumbuha­n ekonomi negara agar tahap daya saing negara sentiasa dinamik.

Pegangan nilai dan integriti yang tinggi ahli akademik perlu selari dengan kedudukan ranking universiti. Pendek kata, kedudukan ranking akan memberi makna yang luar biasa kepada pembanguna­n insan dan kemajuan negara. Usaha universiti mencapai ranking dunia yang baik tidak akan berhasil tanpa usaha semua pihak termasuk ahli akademik.

Di sesetengah universiti, pengiktira­fan diberi kepada mereka dalam bentuk yang dapat meningkatk­an lagi motivasi dan daya kerja mereka untuk terus cemerlang dan mewujudkan ekosistem kesarjanaa­n. Selari dengan kata-kata, Dr Maszlee, universiti perlu mewujudkan ekosistem kesarjanaa­n, dari segi research grant, segi penghasila­n karya-karya yang menjadi rujukan utama dan antarabang­sa melalui kajian yang dijalankan. Apa yang lebih penting ialah tugas pensyarah dan profesor hendaklah menjadi pembimbing serta menjadi suara, telinga dan otak kepada masyarakat.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia