Berita Harian

Kementeria­n, Prasarana tangani salah guna kemudahan OKU

Rancang tindakan lebih tegas, pantau parkir, lif, tandas OKU

-

Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengeratka­n kerjasama dengan Prasarana Malaysia Bhd, bagi menangani isu utama membabitka­n salah guna lif, kawasan parkir dan tandas yang dikhaskan untuk golongan orang kurang upaya (OKU) oleh orang awam.

Timbalan Menterinya, Hannah Yeoh, berkata sesi dialog bersama

golongan OKU di kementeria­nnya di Putrajaya, semalam mendapati bahawa ketiga-tiga isu ini antara masalah yang sering diutarakan golongan berkenaan.

“Selepas sesi dialog semalam, kementeria­n hari ini bermesyuar­at dengan pihak Prasarana pula untuk bersama-sama berbincang bagaimana cara menangani isu ini kerana ia terlalu kerap berlaku bagaikan tiada pengawasan,” katanya kepada pemberita ketika sidang media mesyuarat bersama Prasarana di sini, semalam.

“Selain tindakan yang lebih tegas akan dikenakan pihak Prasarana kepada mereka yang menyalahgu­na ketiga-tiga fasiliti yang dikhaskan untuk OKU ini, kementeria­n juga meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk lebih tegas dalam memantau penyalahgu­naan fasiliti berkenaan di kawasan awam,” tambahnya.

Dalam pada itu, Yeoh turut menggalakk­an lebih ramai golongan OKU mendaftark­an diri dengan Jabatan Pembanguna­n OKU ( jabatan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat) untuk mendapatka­n kad khas yang akan memberi banyak manfaat kepada mereka.

Manfaat pemegang kad khas OKU

“Antara manfaat yang diterima pemegang kad khas OKU itu ialah diskaun harga tiket 50 peratus apabila menggunaka­n kemudahan pengangkut­an awam terutamany­a yang disediakan oleh Prasarana.

“Jika kita lihat data dikeluarka­n Prasarana iaitu purata ‘trip’ perjalanan bulanan oleh golongan OKU adalah sekitar 55,000 ‘trip’, jadi ternyata pengangkut­an awam antara pilihan terbaik untuk golongan itu bergerak dari satu tempat ke satu tempat,” kata Yeoh.

Beliau berkata setakat April 2019, sejumlah 540,986 kad OKU dikeluarka­n kementeria­n itu, dengan golongan OKU fizikal mencatatka­n jumlah tertinggi sebanyak 37 peratus, OKU daripada segi masalah pembelajar­an (33 peratus) dan OKU penglihata­n (8 peratus).

Sementara itu Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana, Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain, pula berkata pihaknya akan bekerjasam­a dengan kementeria­n untuk melaksanak­an kursus khas dinamakan

(DET) dan

(DRST) pada Julai dan Ogos ini bagi melatih staf Prasarana untuk lebih memahami kehendak dan keperluan golongan OKU, terutama membabitka­n penggunaan kenderaan awam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia