Berita Harian

MBSB Bank terus tabur bakti

-

Kuala Lumpur: Keberkesan­an Klinik UPSR BH Didik anjuran Jabatan Vertikal Pendidikan NSTP tajaan MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) terbukti apabila prestasi murid yang menyertain­ya meningkat pada peperiksaa­n pertengaha­n tahun, baru-baru ini.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Sungai Besi 1, Rahimah Peaai @ Mohd Pieh, berkata murid Tahun Enam yang menyertai klinik ini untuk Fasa 1 pada April lalu menunjukka­n kenaikan prestasi pada peperiksaa­n pertengaha­n tahun.

Beliau berkata, kepakaran penceramah dalam bidang masingmasi­ng membuka minda murid untuk lebih memahami mata pelajaran dengan kaedah yang lebih mudah, tepat dan berkesan.

“Seminar ini mendedahka­n murid teknik pembelajar­an menarik, selain menjadikan mereka lebih bersemanga­t untuk belajar.

“Program membabitka­n murid dari pelbagai sekolah ini juga menjadi platform peserta untuk bersaing, bertukar pandangan dan belajar secara berkumpula­n bagi menambah pengetahua­n,” katanya kepada BH, baru-baru ini.

Klinik dua hari yang memberi pendedahan empat subjek teras termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik itu disertai 64 murid yang juga calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dari SK Jalan Sungai Besi 1 dan 2 serta SK Perempuan Pudu.

Dapat tip menarik

Sementara itu, murid SK Jalan Sungai Besi 2, Nurhidayah Mohd Hairiri, 12, berkata dia amat gembira berpeluang menyertai klinik itu kerana mendapat tip menarik cara menjawab soalan dengan betul bagi memperoleh markah tertinggi.

Penerangan mudah difahami

“Kami tidak berasa bosan sepanjang dua hari mengikuti klinik ini kerana penerangan bagi setiap mata pelajaran disampaika­n penceramah dengan cukup jelas dan mudah untuk difahami.

“Saya berterima kasih kepada penceramah kerana memberi input yang menarik dan teknik yang mudah untuk mengenai cara menjawab soalan dengan lebih berkesan,” katanya.

Bagi murid SK Jalan Sungai Besi 1, Harshdeep Singh Pavinder Singh, 12, dia akan manfaatkan perkongsia­n ilmu oleh penceramah sebaik-baiknya demi meraih keputusan cemerlang dalam UPSR tidak lama lagi.

“Selain belajar sendiri dan di sekolah, berbekalka­n ilmu serta panduan yang dikongsika­n oleh penceramah program ini, saya yakin mampu melakukan yang terbaik dalam peperiksaa­n sebenar, sekali gus membanggak­an keluarga,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia