Berita Harian

80 peratus hospital miliki pasukan khas penjagaan luka

Kementeria­n sasar baki 20 peratus lengkap menjelang 2023

- Oleh Fairuz Zaidan

Kira-kira 80 peratus atau 116 daripada 145 hospital di seluruh negara dilengkapi kemudahan pasukan khas penjagaan luka dalam usaha meningkatk­an lagi mutu penjagaan kesihatan di negara ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, berkata jumlah itu termasuk 48 hospital pakar milik Kementeria­n Kesihatan.

Beliau berkata, kementeria­n turut meletakkan sasaran baki

20 peratus hospital kerajaan di seluruh negara dilengkapi pasukan khas berkenaan menjelang tahun 2023.

“Buat masa ini, baki 20 peratus hospital kerajaan masih tidak dapat menubuhkan pasukan khas rawatan luka ini disebabkan ketiadaan doktor pakar di sesetengah pusat rawatan.

Capai sasaran

“Kementeria­n sedang berusaha untuk mencapai sepenuhnya sasaran ini (100 peratus) bagi memastikan semua hospital kerajaan dilengkapi pasukan khas yang lebih khusus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidanga­n Penjagaan Luka Kebangsaan Ke-5 di Hotel Mudzaffar, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Bahagian Pembanguna­n Kesihatan, Datuk Dr Bahari Awang Ngah; Pengerusi Jawatankua­sa Penjagaan Luka Kebangsaan, Normala Basiron dan Pengarah Kesihatan negeri, Dr Rushidi Ramly.

Mengulas lanjut, Boon Chye berkata, kesedaran mengenai penjagaan luka perlu disebar secara meluas kepada khalayak umum bagi memberi pemahaman rawatan terbaik tanpa mengakibat­kan komplikasi yang lebih serius.

“Ini penting kerana pasukan khas ini sendiri terdiri daripada mereka yang pakar dalam bidang tertentu seperti bidang pembedahan plastik, ortopedik, perubatan dan rehab, sekali gus dapat memberi rawatan penjagaan luka secara intensif bagi kes tertentu seperti penghidap kencing manis, darah tinggi dan sebagainya,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Boon Chye berkata, sehingga semalam seramai 11 mangsa masih dirawat di hospital daripada keseluruha­n 675 mangsa yang mendapat rawatan susulan kejadian gejala sesak nafas di Pasir Gudang, Johor, minggu lalu.

“Setakat ini tiada keperluan untuk mengkaji prosedur operasi standard (SOP) baharu walaupun kita akui berlaku pencemaran di kawasan berkenaan. Tiada kes serius setakat ini,” katanya.

Khamis lalu, media melaporkan 14 pelajar dan dua dewasa dari Sekolah Agama Taman Mawar (SATM), manakala 13 lagi murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Gudang (4), mengalami sesak nafas, loya dan muntah, dipercayai akibat pencemaran udara.

Kejadian itu menyusul hanya kira-kira tiga bulan selepas kawasan sepanjang 1.5 kilometer di Sungai Kim Kim tercemar akibat pembuangan sisa toksik yang menjejaska­n hampir 6,000 penduduk.

 ??  ?? Dr Lee Boon Chye
Dr Lee Boon Chye

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia